Zainuddin Maidin Saran Perkhidmatan Teksi Dihapuskan. Sikap Biadap Mereka Dimana-mana.. ~ Bulletin Media

Posted on 4 views

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyarankan agar perkhidmatan teksi di negara ini dihapuskan berikutan sikap biadap segelintir pemandu teksi terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Zainuddin Maidin Saran Perkhidmatan Teksi Dihapuskan. Sikap Biadap Mereka Dimana-mana..
Zainuddin Maidin Saran Perkhidmatan Teksi Dihapuskan. Sikap Biadap Mereka Dimana-mana..

Dalam Twitternya, Zainuddin mendakwa sikap biadap pemandu teksi bukan sahaja terhadap Perdana Menteri tetapi juga bersikap kurang ajar terhadap pelanggan awam.Zainuddin dalam Twitternya juga mendakwa pemandu teksi tidak seharusnya diberi muka kerana mempunyai sifat penipu dan pemeras.

ARTIKEL MENARIK: Pemandu Teksi Ugut Akan “Lumpuhkan KL” Jika Tun Mahathir Enggan Letak Jawatan..

“Pemandu teksi di Langkawi bersikap biadap dalam pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir. Itu dengan Tun,  sikap mereka di mana-mana lebih kurang ajar terhadap awam.

“Lebih baik hapuskan sahaja teksi tinggal Grab sahaja.Mereka bukan jenis manusia yg patut diberi muka. Penipu dan pemeras,” kata Zainuddin.

Pemandu teksi di Langkawi bersikap biadap dlm pertemuan dengan Dr. Mahathir. Itu dengan Tun, sikap mereka di mana-mana lebih kurang ajar terhadap awam.Lebih baik hapuskan sahaja teksi, tinggal Grab sahaja. Mereka bukan jenis manusia yang patut diberi muka. Penipu dan pemeras.

1.png?resize=516%2C255&ssl=1

Menurut Zainuddin, beliau sendiri banyak kali dikenakan bayaran berlebihan dan mahu kerajaan  bertindak tegas supaya semua pemandu teksi berbudi bahasa seperti pemandu teksi di London yang seratus peratus baik.

Zainuddin berkata demikian sebagai reaksi terhadap segelintir pemandu teksi yang bersikap biadap kerana mengeluarkan perkataan kurang sopan dan keluar dari dewan pada sesi Pertemuan Bersama Pemandu-Pemandu Teksi Langkawi di Dewan Kencana, Langkawi Lagoon semalam.

Tindakan segelintir pemandu teksi tersebut menyebabkan Dr. Mahathir meluahkan perasaan bahawa beliau akan meletakkan jawatan kalau ada yang tidak mahu beliau menjadi Perdana Menteri.

“Saya sendiri banyak kali kena bayaran berlebihan. Kerajaan mesti bertindak tegas supaya semua pemandu teksi berbudi bahasa, bukan ada yang baik dan ada yang jahat. Di London seratus peratus baik.

“Setakat ini lebih 40,000 orang kunjungi Tweet saya kutuk pemandu teksi biadap terhadap Dr. Mahahthir tapi persatuan teksi dedahkan itu perbuatan individu pemakan dedak dan bukan anggotanya. Ajar mereka.” kata Zainuddin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.