Yusof Mahadi Sahkan Khairul Fahmi Kekal Dengan Melaka United Musim Depan

Posted on 3 views
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusof Mahadi mengesahkan penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat akan terus menyarung jersi Melaka United untuk saingan Liga Malaysia 2019.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian menjelaskan Khairul Fahmi yang lebih dikenali sebagai Apek adalah pemain tunggal musim ini yang menyatakan persetujuan awal untuk kekal.

“Tawaran akan dikeluarkan kepada bekas penjaga gol Kelantan itu dalam tempoh terdekat sambil mengharapkan tiada sebarang halangan terhadap persetujuan awal berkenaan.

“Walaupun masih terlalu awal untuk berbicara berkaitan kontrak, namun kenyataan Apek membuktikan komitmen dan kesungguhannnya memperkasa skuad Hang Tuah,” katanya.

Aksi cemerlang Khairul Fahmi Che Mat ketika menjaga gawang Melaka United mendapat pujian daripada penyokong. FOTO: MUSA

Selain Apek, Melaka United turut memiliki dua penjaga gol simpanan iaitu Mohd Zamir Selamat dan Mohd Fazli Paat.

Mohd Yusof turut mengakui Melaka United sememangnya sangat memerlukan sumbangan penjaga gol berpengalaman itu bagi mengisi benteng terakhir pasukan.

Apek yang menyertai Melaka United pada pertengahan musim ini dilihat antara tunjang utama skuad itu layak ke pentas Piala Malaysia, walaupun tersekat dalam cubaan untuk melangkah ke suku akhir.

Khairul Fahmi Che Mat beraksi untuk pasukan kebangsaan ketika menentang Kemboja bulan lepas. FOTO: Cambodia FA

Musim ini, Melaka United turut memiliki ramai pemain terbaik tempatan, termasuk R Gopinathan, S Chanturu, Azmi Muslim, Fakri Saarani, R Surendran dan Faderin Kadir.

Difahamkan, kontrak semua pemain import Melaka United musim ini tidak akan disambung untuk musim depan kecuali penyerang import dari Nigeria, Ifedayo Olusegun termasuk dalam proses mencari pengganti ketua jurulatih, E. Elavarasan.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.