Yarmolenko Cedera Di Buku Lali, Perlu Berehat 6 Bulan

Posted on 4 views
Andriy Yarmolenko cedera di buku lali dan laporan semalam menyatakan yang pemain itu bakal berehat panjang.

Yarmolenko cedera di buku lali ketika perlawanan menentang Tottenham Hotspur dan dijangka akan berehat selama 6 bulan.

Ianya satu kehilangan besar untuk West Ham kerana pemain sayap mereka itu kelihatan mulai mendapat rentak dalam pasukan mereka. Yarmolenko akan menjalani pembedahan dalam minggu ini.

Dalam perlawanan West Ham menentang Spurs, Erik Lamela menjadi hero Spurs. Jaringan kemenangan beliau pada minit ke-44 membolehkan Spurs berada di 4 teratas.

Selepas tamat perlawanan, Pellegrini menyatakan beliau akan menunggu laporan doktor berkaitan dengan isu kecederaan Yarmolenko.

“Saya menunggu laporan doktor. Dia (Yarmolenko) telah terjatuh dan kesan pada kaki serta buku lalinya. Tapi kami tak pasti (maklumat lebih lengkap tentang kecederaan).”

“Ia nampak kurang baik kerana dia diusung dengan ‘stretcher’.”

Ini adalah kecederaan ke-2 melibatkan pemain utama mereka selepas Jack Wilshere.

Jack Wilshere awalnya dilaporkan boleh kembali pada minggu ini tetapi telah ditunda semula kepulangannya kerana perlukan rawatan susulan.

Ianya selepas Wilshere mendakwa ada terasa sakit di bahagian buku lalinya yang sebelum ini pernah dibedah.

Wilshere awalnya dijadualkan kembali dalam perlawanan menentang Spurs dalam Piala Carabao minggu hadapan. Namun ianya telah ditangguhkan. Paling awal beliau boleh kembali adalah pada November hadapan.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA – dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.