[VIDEO] “Semoga Allah Pelihara Anak Ini,” – Kongsi Imbasan ‘Ultrasound’, Ini Doa Syatilla Melvin…

Posted on 4 views
Pelakon, Syatilla Melvin berkongsi video imbasan ultrasound anak keduanya di laman Instagramnya, semalam.

Dia juga sempat menitipkan doa di ruangan kapsyen video tersebut.

“Semoga allah pelihara anak ini selamanya amin ya rab berapa hari ja lagi nak hbiskan shooting.

“Lepaihtu boleh rest sungguh2 sebab badan penat tuhan ja la yg tau bapak hang xbetoi la ibu rasa,nak beli belt dgn seluaq kat anak yg besaq buah oren dalam peqhot,” tulisnya.

Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan kehamilan Syatilla.

Sebelum ini, Syatilla mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua selepas mengalami keguguran.

Syatilla dan suaminya, Shaheizy Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan hasil perkongsian hidup, pasangan selebriti ini dikurniakan seorang anak lelaki, Syeriv Samheiz yang dilahirkan pada 9 Mei tahun lalu.

Foto/Instagram: Syatilla Melvin

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.