[Video] “Saya Penyokong Tegar Anwar. Dia Sahabat Saya Masa Dia Susah Dan Tetap Akan Sokong Dia” – Nazri ~ Bulletin Media

Posted on 4 views

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz yang masih bersama Umno, tetap menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak kira presiden PKR itu dilantik sebagai perdana menteri ke-8 atau sebaliknya.

[Video] “Saya Penyokong Tegar Anwar. Dia Sahabat Saya Masa Dia Susah Dan Tetap Akan Sokong Dia” – Nazri
[Video] “Saya Penyokong Tegar Anwar. Dia Sahabat Saya Masa Dia Susah Dan Tetap Akan Sokong Dia” – Nazri

*Video Penuh Di bawah

“Saya penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya sudah menjadi sahabat beliau dan masa dia susah, saya tetap akan sokong dia.

“Semasa saya jadi menteri, saya turut pergi ke majlis perkahwinan Nurul Izzah. Saya tetap akan jadi penyokongnya, meskipun saya tidak meninggalkan Umno,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini.

Pada 13 Oktober lalu, Nazri dilaporkan berkata, hanya Anwar boleh “mengembalikan negara ke landasan betul” dan terdapat banyak kebencian dan ketidakyakinan di kalangan rakyat sejak pilihan raya umum 9 Mei lalu yang memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan.

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Pemandu Teksi Yang Buat Kecoh Di Upah Pihak Tertentu Supaya ‘Kurang Ajar’ Dengan Perdana Menteri

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu yang gembira Anwar dipilih sebagai ahli Parlimen Port Dickson berkata, “lebih mudah bekerja dengan Anwar dalam hal ehwal negara”.

Dalam perkembangan lain, Nazri yang juga bekas menteri pelancongan dan kebudayaan yakin dengan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mengendalikan siasatan ke atas beberapa pemimpin Umno.

Beliau menasihatkan pemimpin Umno yang disiasat SPRM supaya tidak menyalahkan agensi anti-rasuah itu, sebaliknya mereka perlu membela diri di mahkamah.

“Kena ingat dulu, saya menteri (di Jabatan Perdana Menteri) yang menjaga SPRM dari 2004 hingga 2013. Saya yakin dan percaya kebebasan mereka. Kalau mereka mengambil satu tindakan kita kena hormatilah.”

Antara pemimpin Umno yang disiasat SPRM adalah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan terbaru, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.