UMNO TIDAK TERBUBAR, AHLI JANGAN GENTAR

Posted on 2 views
Suka Hati Mahathir Tetapi UMNO Masih Ada

Ahli-ahli UMNO tidak perlu gentar dengan ugutan untuk membubarkannya, tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Semangat ahli-ahlinya tetap utuh biarpun pemimpin-pemimpinnya disiasat dan diheret ke mahkamah, UMNO tidak akan terbubar dari dalam.

“Biarkan usaha pembubaran dilakukan pihak berkuasa, UMNO akan tetap bangkit semula. Bangkitlah!” seru beliau yang dimuat naik melalui laman twitternya hari ini.

Terdahulu beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa UMNO kini tidak wujud lagi.

“Kan ada (UMNO)… Takpalah… suka hati dia (Dr Mahathir),” katanya ringkas kepada media ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau enggan melayan dakwaan yang dilemparkan oleh Dr. Mahathir terhadap UMNO.

“Tak payahlah, Kan saya ada. Nampakkan? UMNO masih ada,” katanya.

Semalam, Dr. Mahathir dalam satu program di Shah Alam mendakwa UMNO yang dahulunya memperjuangkan agama, bangsa dan negara, sudah tidak wujud di negara ini.

Source : Portal Pahangku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.