Tun Dr Mahathir Mahu Letak Jawatan? Alaa … Kenapa Drama Tamil Separuh Jalan?

Posted on 7 views

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada Sesi Dialog Bersama Pemandu Teksi Langkawi, hari ini, berkata,

Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ni letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya.

Itu kenyataan tanda kesal Tun Dr Mahathir sebaik sekumpulan kecil pemandu teksi bertindak keluar dewan ketika dialog di Langkawi. Kata beliau lagi,

Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan, saya pun tak boleh tolong juga. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi. 

Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara…orang panggil balik, jadi saya datang. Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya.

Terdahulu, kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat bising sebelum keluar dewan ketika Dr Mahathir memberi penjelasan berhubung isu e-hailing.

Bukan isu Grab yang hendak CTS bawa. Jauh sekali untuk membawa isu nasib pemandu teksi. Mereka yang menentukan nasib mereka sendiri. Cuma CTS kesal Perdana Menteri hanya acah-acah ayam dan melakonkan drama Tamil untuk meletak jawatan.

Baca balik di bawah apa yang Tun Dr Mahathir janjikan di hadapan orang Langkawi semasa kempen PRU14.

Source : Cucu Tok Selampit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.