“Tolong Faham, Jangan Tanya Lagi,”- Nourul Wahab Tolak Lamaran Gegar Vaganza & The Voice Sebab…

Posted on 4 views
Penyanyi, Nourul Wahab menegaskan tidak akan menyertai mana-mana pertandingan nyanyian kerana tidak mahu dilabel artis bermusim.

Katanya, dia lebih berminat untuk hanya membuat persembahan jemputan berbanding daripada menyertai sesebuah pertandingan nyanyian.

Kenyataan tersebut telah dimuat naik oleh Nourul menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

“Nak pesan lagi. Dah tak larat nak jawab. Baca ni ya wahai semua peminat kesayangan ku. Saya faham bagaimana cinta nya you all pada nyanyian dan bakat saya. Saya faham yang penyokong saya nak tunjuk bagaimana hebatnya penyanyi kesayangan mereka. Saya tahu dan faham sangat-sangat. 

“Saya tak hebat. Saya masih belajar. Saya ada pendirian saya. Maafkan saya kerana tak dapat penuhi permintaan dan kemahuan you all. Itu kemahuan you all. Tapi itu yang saya tidak mahu. 

“Saya lebih suka untuk buat persembahan bukan pertandingan. Ingat, brand sesuatu program yang dah famous ada musimnya. Saya tak mahu jadi artis bermusim. Biarlah untuk semua musim,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nourul turut memberi tahu, dia bukan sahaja mendapat tawaran daripada pihak Gegar Vaganza, malah turut pernah dipelawa untuk menyertai pertandingan nyanyian The Voice di Paris.

“Ada tak Team GV bertanya saya? Ya ada. Dari musim kedua. Tapi saya menolak. Bukan saja GV, malah Program The Voice di Paris , France.

“Bukan nak tunjuk hebat. Saya tidak sehebat mana. Seperti mana saya terangkan tadi, saya masih belajar. Setiap hari. Saya punya prinsip dan perancangan saya. Ianya mungkin bertentangan dengan kemahuan peminat saya. Tapi itu pendirian saya. 

“Maafkan saya. Sekali lagi saya beritahu, ini penjelasan nya. Jangan tanya saya lagi. Just come to my show. Insya-Allah lepas bersalin next year kita buat. Masa tu you all datang,” katanya lagi.

Foto: Instagram Nourul Wahab

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.