TMJ Disiasat Kerana Bantu Rakyat Negeri Johor? Betul ke ??? ~ Bulletin Media

Posted on 5 views

TMJ Disiasat Kerana Bantu Rakyat Negeri Johor? Betul ke ???

TMJ Disiasat Kerana Bantu Rakyat Negeri Johor? Betul ke ???
TMJ Disiasat Kerana Bantu Rakyat Negeri Johor? Betul ke ???

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan baginda sedang disiasat oleh beberapa pihak ketika ini.Tunku Ismail berkata, pihak terbabit menyiasat baginda akibat menerima arahan mereka yang kurang senang dengan tindakan baginda membantu rakyat Johor.“Saya tidak sangka dengan melakukan perbuatan yang baik boleh menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak.“Ada juga yang mengarahkan beberapa pihak untuk menyiasat mengapa dan siapa menasihatkan saya untuk melakukan perbuatan baik seperti ini.

ARTIKEL MENARIK: Bapa Ini Sertai Opserasi Mencari Mangsa Tanah Runtah Di Penang, Mengejutkan M4yat Yang Di Tarik Tu Rupanya.. Allahu..


“Saya tiada penasihat. Yang menasihati saya dan mendidik saya adalah kedua-dua ibubapa saya.“Ada juga pihak yang cuba membuat provokasi untuk mendapat reaksi dari saya supaya ia boleh digunakan serta dijadikan isu. Minta maaf, bukan hari ini,” titah baginda di Facebook hari ini.Berikut kenyataan penuh Tunku Ismail mengenai perkara itu:

Baru baru ini, saya dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku untuk bekerja lebih keras lagi menjaga negeri dan rakyat Johor. Menjunjung titah tersebut, saya telah bertemu dengan rakyat bersolat Jumaat di daerah-daerah Johor, berkunjung ke rumah anak yatim, melawat pasar awam bagi mengkaji serta mendapat gambaran yang lebih jelas keluhan rakyat berkenaan harga barangan, saya juga telah melawat Hospital Sultanah Aminah dan memberi sumbangan kepada hospital-hospital di Negeri Johor bagi menampung serba sedikit kekurangan yang dihadapi oleh hospital di negeri ini. Minggu depan pula, saya akan melancarkan satu upacara pecah tanah milik Kebawah Duli Tuanku selepas Kebawah Duli Tuanku berkenan dan mengurniakan tanah seluas 150 ekar untuk mendirikan 1,000 unit rumah mampu milik dengan harga bermula RM70,000. Kawasan tersebut akan dilengkapi dengan semua kemudahan asas demi keselesaan rakyat. Dan juga selepas saya berkongsi pandangan saya, Kebawah Duli Tuanku berkenan iaitu untuk mengadakan projek yang sama sebegini di tanah milik Tuanku sendiri yang akan diberikan kepada rakyat di seluruh daerah Negeri Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.