Timbalan Presiden PBSNT Tempelak Budaya Cari Tiket ‘Free’ Apabila Final

Posted on 9 views
Timbalan Presiden PBSNT (Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu), YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim semalam menempelak budaya mencari tiket percuma tajaan persatuan bola sepak ataupun kerajaan apabila ada perlawanan final bola sepak.

Terengganu mara ke final Piala Malaysia 2018. Dan lawan mereka adalah Perak. Sudah ada pihak mulai mencari tiket percuma yang ditaja. Beliau menganggap ia budaya lama yang harus diubah.

Timbalan Presiden PBSNT itu berkata:

“Serba salah. Nak tulis ke tak nak tulis. Nak post ke tak nak post.”

“Sebenarnya begini. Bila kita tak ke final, pengurusan dikecam. Bila kita dapat ke final, bas free dan tiket free pula jadi tuntutan.”

“Secara peribadi, sokongan semua amat dihargai. Tapi bas dan tiket free ini ‘budaya lama’.”

Lee Tuck mengetuai pemain Terengganu FC meraikan kejayaan ke perlawanan akhir. FOTO: TFC

Beliau kemudian memberitahu, ada beberapa kelompok penyokong yang sanggup menabung sepanjang musim demi menyokong pasukan walaupun terpaksa menyeberangi laut China Selatan.

Adakah golongan yang jenis minta tiket percuma ketika final ini tak segan dengan mereka ini?

“Sesekali saya segan dengan penyokong setia Terengganu dari mana-mana kelab.”

“Sepanjang musim mereka hadir ke mana-mana perlawanan jauh dengan perbelanjaan sendiri, pengangkutan sendiri, tiket sendiri dan belanja makan sendiri. Kalah menang, jatuh bangun. Mereka sentiasa ada.”

“Walaupun terpaksa terbang jauh ke Kuching. Kalau setakat Selatan dan Utara itu sudah menjadi kelaziman mereka.”

“Sebab itu saya tak terasa hati sangat kalau mereka buat teguran dan kritik pengurusan PBSNT.”

“Sebab mereka berhabis untuk menyokong pasukan mereka. (Tapi harapnya teguran dan kritikan lepas ini lebih baik dan bersopan).”

“Saya harap ‘budaya lama’ menaja bas dan tiket ini tidak berlanjutan atau tidak keterlaluan. Sudah sampai masanya peminat bola sepak Terengganu berdikari seperti rakan di kelab-kelab penyokong #WeBleedBlackAndWhite.”

“Merancang trip away dengan menabung dan merencana perjalanan dan persiapan alatan sokongan/sorakan dengan usaha sendiri.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.