Tergamak Buang Mayat Bayi ~ Bulletin Media

Posted on 6 views

MAYAT bayi perempuan yang cukup sifat ditemui di tempat pembuangan sampah di Pasar Wakaf Zin, Tawang, Bachok, malam tadi.

Tergamak Buang Mayat Bayi
Tergamak Buang Mayat Bayi

Dalam kejadian 11.45 malam, mayat bayi berkenaan yang dibungkus dengan kain kuning ditemui penduduk kampung.Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, lelaki berkenaan mendakwa melihat lelaki dan wanita bertengkar di kawasan pembuangan sampah sebelum dia mendekati pasangan itu.

ARTIKEL MENARIK: TMJ Disiasat Kerana Bantu Rakyat Negeri Johor? Betul ke ???


Katanya, saksi memberitahu kedua-dua mereka kemudian bergegas melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Myvi berwarna gelap.“Saksi kemudian melihat satu bungkusan besar dengan kain kuning serta mengesyaki sesuatu sebelum membuka bungkusan dan terkejut apabila melihat mayat bayi perempuan cukup sifat.

“Polis dapati bayi itu masih bertali pusat dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Klinik Kesihatan Bachok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Mayat bayi berkenaan di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat.Nik Aminuddin berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menyalurkan ke pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok atau menghubungi Inspektor Nor Afidah Mohd Ariffin di talian 09-7788222.

Kredit ; My Info Harian

—————————————————————–
loading…

Source : Bulletin Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.