Tan Cheng Hoe Panggil 26 Pemain, Peminat Tertanya Tiada Natxo, Corbin Dan Pemain Terengganu

Posted on 4 views
Semalam FAM mengeluarkan senarai panggilan 26 pemain oleh Tan Cheng Hoe untuk kem kebangsaan bagi persiapan Piala AFF Suzuki.

Skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri  Sembilan dan padang rumput tiruan di Institut Semarak Felda, Bangi.

Skuad Tan Cheng Hoe akan berhadapan Maldives pada 3 November 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil. 26 pemain ini akan melapor diri bermula Rabu, 24 Oktober 2018.

Bagi pemain-pemain yang terlibat dengan final Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam, mereka akan melapor diri pada 29 Oktober 2018.

Berikut adalah senarai penuh 26 pemain tesebut.

18 daripada 23 pemain yang terlibat dalam tugasan antarabangsa menentang Kyrgyzstan sebelum ini dikekalkan oleh Tan Cheng Hoe.

2 pemain terpaksa diketepikan iaitu Matthew Davies (Pahang) yang mengalami kecederaan lutut dan Fazly Mazlan (JDT II) kerana urusan peribadi.

4 lagi pemain diletakkan dalam senarai simpanan. Mereka ialah Haziq Nadzli (JDT), Mahalli Jasuli (PKNS FC), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan) dan Nazmi Faiz Mansor (JDT).

8 pemain baru dipanggil iaitu Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abd Radzak, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Safawi Rasid, Syafiq Ahmad, Ahmad Hazwan Bakri, Nazirul Naim Che Hashim dan Nor Azam Abdul Azih.

Peminat bola sepak Malaysia hairan kerana tiada nama Natxo Insa dan Corbin Ong. 2 pemain ini antara pemain utama dalam liga Malaysia dan memiliki kualiti yang baik.

Sebelum ini, Corbin Ong dan juga Natxo turut tiada dalam senarai.

Sementara itu, ada juga mempersoalkan tiada senarai pemain dari Terengganu dalam senarai Tan Cheng Hoe. Sedangkan ada beberapa nama cemerlang dalam kempen domestik yang mungkin boleh dipertimbangkan.

Ini merupakan persiapan terakhir Malaysia sebelum Tan Cheng Hoe mengumumkan 23 pemain akhir untuk Piala Suzuki AFF 2018. Jadi, sangat penting untuk Tan Cheng Hoe membentuk pasukan utama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.