Spalletti Bengang Gattuso Guna Taktik Kasar Dalam Derbi Milan

Posted on 2 views
Bos Inter Milan, Luciano Spalleti menuduh AC Milan guna taktik kasar dan fizikal dalam derbi Milan.

Beliau menyatakan ada 3 pemain Inter Milan minta ditukar pada rehat separuh masa kerana tak sanggup bermain dengan pendekatan keras oleh Gattuso dan AC Milan.

Radja Nainggolan cedera dalam perlawanan itu. Inter Milan menang menerusi gol lewat Mauro Icardi pada masa kecederaan.

Spaletti risau Nainggolan akan berehat lebih panjang daripada dijangka. Nainggolan dibentes keras oleh Lucas Biglia yang menyebabkannya cedera.

Spaelletti berkata kepada wartawan selepas perlawanan yang AC Milan tidak bermain secara taktikal tetapi secara teknikal.

“Milan, mereka pasukan yang tekikal dan keras dengan permainan fizikal. Mereka melakukan banyak kekasaran.”

“Mereka menggunakan taktikal keras dan kami dihukum kerana kekasaran mereka.”

“Dan seterusnya, ada 3 pemain saya pada rehat separuh masa minta ditukarkan.”

Spalletti menyatakan yang Inter Milan pasukan lebih baik sepanjang perlawanan dan cuba bermain bola sepak dengan taktikal mereka.

Namun AC Milan dengan taktik kasar mereka menyukarkan para pemain Inter.

 

Inter memerlukan sedikit nasib dan bakat individu untuk membantu mereka kerana sukar untuk bermain secara taktik dengan taktikal kasar oleh Milan.

“Pasukan kami bermain dengan cara yang kami mahukan. Mereka menunjukkan keinginan, mereka menggunakan bakat mereka di atas padang.”

“Hantaran Vecino itu kerana dia memang dilahirkan dengan bakat, dan tandukan Icardi itu juga kerana beliau memang dilahirkan dengan bakat.”

“Secara semulajadinya, jika mereka kekalkan sikap seperti ini, nasib akan menyebelahi anda.”

“Nasib ataupun kebarangkalian menukar keputusan perlawanan di saat akhir, ianya akan sentiasa bergantung kepada sikap kamu di dalam padang.”

“Semuanya akan dipermudahkan dengan bantuan penyokong, segalanya menjadi lebih baik.”

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.