Selangor FA Jalin Hubungan Kerjasama Dengan UiTM Bangunkan Sains Sukan

Posted on 4 views
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil langkah ke hadapan apabila menjalinkan hubungan kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi membangunkan program sains sukan.

Menurut kenyataan daripada FAS, mereka telah pun mengadakan perbincangan bersama Unit Sains Sukan, Universiti Teknologi Mara melalui Setiausaha Agungnya, Dr Johan Kamal Hamidon bagi mewujudkan Memorandum of Understanding (MoU) di antara kedua-dua pihak.

Ianya melibatkan kerjasama dalam beberapa perkara seperti bidang sains sukan, pemakanan dan nutrisi, performance analysis dan sokongan akademik untuk pegawai dan pemain FAS.

Kerjasama ini juga dicadangkan untuk disediakan bukan sahaja kepada skuad utama tetapi juga kepada skuad Piala Presiden dan Piala Belia.

“Kemajuan sains sukan dalam bola sepak adalah salah satu elemen penting yang mampu meningkatkan prestasi pemain, baik secara individu mahupun membentuk kekuatan sesebuah pasukan.

“Selari dengan permodenan industri bola sepak, ianya turut membawa bersama idea-idea yang dapat memudahkan pemain atau mana-mana atlet mengimbangi kecergasan dan meningkatkan prestasi mereka dengan lebih cepat dan teratur,” kata kenyataan daripada FAS.

Perbincangan antara kedua-dua pihak sedang dijalankan. FOTO: FAS

Cadangan mengenai program sains sukan diutarakan semasa bengkel transformasi FAS pada dua bulan yang lepas. Salah seorang peserta bengkel tersebut melakukan perbentangan mengenai pentingnya sains sukan dalam memastikan pemain bola sepak berada pada tahap prestasi yang terbaik.

Usahasama dengan UiTM ini dijangka bakal memberi impak positif buat ramai pihak. Para pelajar jurusan sains sukan UiTM akan turut mempunyai peluang untuk berkerjasama dengan pemain-pemain profesional bagi meningkatkan mutu akademik sains sukan.

Manakala, pengurusan pasukan akan dapat mengetengahkan elemen-elemen sains sukan dan teknologi yang terbaru dengan lebih kos efektif kearah memartabatkan lagi pasukan ini.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.