“Saya Simpan Sebab Risau Aibkan Orang Lain,”- Elfira Loy Kecewa Jadi Mangsa Fitnah Netizen?

Posted on 4 views
Pelakon Elfira Loy, meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang gemar menabur kata-kata fitnah terhadap dirinya.

Elfira dilihat telah dikecam teruk oleh netizen selepas berkongsi tentang perkara istimewa yang membuatkan dia memilh Muhammad Faris Khairol Anuar sebagai tunangnya.

Rasa kecewa itu telah diluahkan oleh Elfira menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

“I always believe that being nice to people takde ruginya , kemungkinan suatu hari nanti they’ll learn how to be nice to others juga.

“Tapi , day by day , i feel like giving up. Makin ramai berani membuka pekung dengan menaburkan kata-kata fitnah & kata-kata yang menyakitkan hati orang lain without feeling guilty. The question is why?,” tulisnya.

Tambah Elfira, ada banyak penjelasan yang ingin dia lakukan ketika ini tetapi memilih untuk berdiam diri kerana bimbang perkara tersebut akan mengaibkan orang lain.

“What do you feel after talking bad about people? What do you get? I just wanna know.

“Saya ada seribu penjelasan yang saya simpan kerana risau akan mengaibkan orang. Tapi dengan senangnya orang boleh mengaibkan diri sendiri. Why,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan kata-kata semangat kepada Elfira selain memintanya untuk tidak mempedulikan apa yang diperkatan sesetengah pihak.

Bagi MH, perkara yang lepas usahlah dikenang kembali. Biarlah mereka memilih jalan mereka masing-masing. Sebagai peminat, kita doakan sahaja yang terbaik untuk mereka.

Foto: Instagram Elfira Loy

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.