Sabah Yang Kita Kagumi Dalam Kempen Piala Malaysia 2018

Posted on 2 views
Sabah hadir ke Piala Malaysia 2018 sebagai pasukan dengan ranking paling rendah.

Mereka masuk sebagai pasukan yang menamatkan saingan liga di tangga ke-6 iaitu slot terakhir untuk ke Piala Malaysia.

Sasaran separuh akhir

Ketika Sabah berjaya mara ke separuh akhir, Jelius Ating menyatakan yang mereka mensasarkan separuh akhir Piala Malaysia. Ramai yang tergelak kecil dan menganggap ini tak realisitik.

Anda tengok sendiri ada reaksi gelak diberikan kepada artikel yang kami kongsikan ini.

Ramai anggap ianya satu perkara yang kelakar kerana Sabah diletakkan di kumpulan D. Sama kumpulan dengan Selangor, Pahang dan PNKP FC.

Aksi di padang berbicara

Dalam perlawanan pertama mereka mengikat Pahang dengan 1-1 di Stadium Darulmakmur. Pahang antara pasukan pilihan untuk kejohanan kali ini.

Mereka kemudian menang 2 perlawanan seterusnya. Menang 1-0 ke atas PKNP dan menundukkan Selangor 2-1.

Dalam pusingan ke-2, Sabah menang 2 daripada 3 perlawanan mereka. Mereka hanya tewas kepada Pahang 0-4 di tempat sendiri pada perlawanan ke-6.

Pemain Sabah meraikan kemenangan ke atas Selangor. FOTO: Sabah FA

Sabah menamatkan kumpulan D sebagai juara kumpulan. Mereka hanya menjaringkan 7 gol di peringkat kumpulan dan bolos 8.

Kredit foto: Mysumber

Hanya Kelantan pasukan yang mara ke suku akhir menjaringkan gol yang lebih sedikit daripada mereka.

Sabah mengatasi Kelantan secara peraturan tempat lawan. Ini selepas mereka menang 1-0 di Likas dan kemudiannya tewas 2-1 di Kota Bharu.

Sekaligus mengakhiri penantian 7 musim mereka untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

Isu luar padang yang mengganggu

Dalam perlawanan separuh akhir mereka akan bertemu dengan pasukan Perak. Dan ketika ini keluarlah cerita yang kurang enak didengar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.