Rupanya Pemandu Teksi Yang Buat Kecoh Di Upah Pihak Tertentu Supaya ‘Kurang Ajar’ Dengan Perdana Menteri ~ Bulletin Media

Posted on 6 views

Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Executive Jiwa Malaysia (Perjiwa Malaysia) tidak menolak unsur sabotaj dalam kejadian beberapa individu yang dilapor bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dalam satu sesi dialog yang diadakan bersama perdana menteri di Langkawi.

Pengerusi persatuan teksi itu, Zailani Isaisuludin berkata individu yang menimbulkan kekecohan itu bukan anggota persatuan mereka.

Beliau juga berkata bahawa pihaknya sudah memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selepas program itu dan berharap agar pemandu teksi yang terlibat dalam membuat kekecohan turut melakukan perkara sama.

Menurut laporan media, pemandu teksi tidak berpuas hati apabila Dr Mahathir tidak mahu memberi jaminan akan menghapuskan perkhidmatan e-hailing, Grab.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata kerajaan akan mencari jalan agar Grab akan diminta menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan dan membayar insurans serta cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan yang adil.

“Saya pernah membangkitkan perkara ini dalam kabinet. Saya beritahu Menteri (Pengangkutan) supaya memperbetulkannya, tetapi malang sehingga kini tiada kemajuan langsung.

“Saya akan usaha lagi, saya pun rasa tidak adil. Perkara ini dalam perhatian saya tetapi saya tidak boleh bagi jaminan hapuskan Grab, tetapi kita boleh samakan mereka dengan teksi,” kata Dr Mahathir.

41d80ea6211bf9aee2a2731287330905.jpeg


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluahkan rasa kecewanya dengan sikap pemandu teksi yang enggan mendengar penjelasannya berkaitan isu e-hailing.Kejadian itu berlaku apabila kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dalam satu sesi dialog yang diadakan bersama perdana menteri di Langkawi.

Sesi dialog itu dihadiri hampir 200 pemandu teksi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan Grab yang dikatakan ‘mencuri’ pelanggan mereka, lapor Berita Harian.

“Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan…saya pun tak boleh tolong juga. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi.
“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara…orang panggil balik, jadi saya datang.
“Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Sebelum kejadian itu, Dr Mahathir berkata Grab akan diminta menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan dan membayar insuran serta cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan yang adil.

7b02a446232727039d9f71ecb2c7eb40.jpeg

“Saya pernah membangkitkan perkara ini dalam kabinet. Saya beritahu Menteri (Pengangkutan) supaya memperbetulkannya, tetapi malang sehingga kini tiada kemajuan langsung.
“Saya akan usaha lagi, saya pun rasa tidak adil. Perkara ini dalam perhatian saya tetapi saya tidak boleh bagi jaminan hapuskan Grab, tetapi kita boleh samakan mereka dengan teksi,” katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan majlis perjumpaan itu kecoh apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak biadap keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.Sekitar 10 pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas perdana menteri berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak.
Kekecohan itu berlaku sekitar dua minit sebelum reda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.