Pihak Polis Dedahkan Punca Utama Warga Asing Itu Melanggar Wan Amirah Dan Mereka Sebenarnya Tiada Niat ~ Bulletin Media

Posted on 4 views

SHAH ALAM – Polis tidak menolak kemungkinan kejadian langgar lari di Shafbury Square, Cyberjaya pada Khamis lalu berpunca daripada tindakan suspek tidak berpuas hati dengan pengawal keselamatan di premis berkenaan.

Pihak Polis Dedahkan Punca Utama Warga Asing Itu Melanggar Wan Amirah Dan Mereka Sebenarnya Tiada Niat
Pihak Polis Dedahkan Punca Utama Warga Asing Itu Melanggar Wan Amirah Dan Mereka Sebenarnya Tiada Niat

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Superitenden Azman Shari’at berkata menerusi siasatan awal, pihaknya turut percaya suspek terlibat tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk membunuh mangsa terbabit.ARTIKEL MENARIK: Sesape Yang Duduk Atau Kerja Kat Cyber Tahu Lah Betapa Haram Jadahnya Bila Foreigners Drive!

“Itu (tidak berpuas hati dengan pengawal keselamatan) merupakan antara kemungkinan yang kita ada sekarang.

“Namun siasatan awal kita percaya suspek tiada niat jahat untuk membunuh mangsa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan, seorang penolong pengurus acara jualan, Wan Amirah Wan Alias, 31, maut dalam satu kejadian langgar lari di hadapan bangunan Shaftbury Square, Cyberjaya.

Menerusi rakaman CCTV yang tular di media sosial, Wan Amirah, dilihat melintas jalan sebelum dirempuh sebuah kenderaan yang turut merempuh beberapa kenderaan lain dalam kejadian itu.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan selanjutnya namun dia disahkan meninggal dunia ekoran kecederaan parah dialami.

Selain itu, polis turut menahan tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan terbabit.

Ketika diminta mengulas sama ada tempoh tahanan reman akan dilanjutkan selepas ini, Azman berkata perkara itu bergantung kepada hasil siasatan yang sedang dijalankan pada masa kini.

“Buat masa ini siasatan berjalan lancar dan kita akan tengok dulu perkembangan kes ini sebelum memutuskan untuk melanjutkan tempoh tahanan reman suspek terlibat,” katanya.

PETALING JAYA: Pelakon Janna Nick terkesan dengan insiden yang menimpa seorang wanita petugas Telekom Malaysia Berhad (TM) Unifi yang maut setelah dirempuh dan diseret sebuah kereta dalam satu kejadian langgar lari di kawasan Shaftbury Square di Cyberjaya malam Rabu lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.