Penyokong Chelsea Harus Menghormati Mourinho Dan Bekas Pengurus Lain, Kata Sarri

Posted on 5 views
Maurizio Sarri menyatakan yang penyokong Chelsea harus menghormati Mourinho. Beliau kecewa dengan layanan penyokong Chelsea kepada pengurus legenda mereka itu.

Sudah 2 lawatan Mourinho ke Stamford Bridge disambut dengan teruk oleh penyokong Chelsea. Sebelum ini penyokong Chelsea tidak menghormati Mourinho dengan menyorak belaiau dengan Judas.

Dan dalam perlawanan seri 2-2 minggu lalu, Mourinho diserang dan disorak dengan ‘F**k off Mourinho’ selepas wisel penamat. Mourinho sekali lagi memberikan isyarat 3 jari kepada penyokong Chelsea.

Dalam perlawanan yang sama, pembantu Sarri turut buat hal dengan meraikan gol secara provokatif dan tidak menghormati Mourinho.

Maurizzio Sarri terus meluru ke arah Mourinho dan meminta maaf. Beliau kemudian mengarahkan pembantu beliau itu meminta maaf kepada Mourinho.

Penyokong Chelsea harus menghormati Mourinho kerana pengurus itu telah memberikan 3 kejuaraa EPL kepada mereka.

Chelsea’s Portuguese manager Jose Mourinho (R) gestures during the presentation of the Premier League trophy after the English Premier League football match between Chelsea and Sunderland at Stamford Bridge in London on May 24, 2015. Chelsea were officially crowned the 2014-2015 Premier League champions. AFP PHOTO / ADRIAN DENNIS
RESTRICTED TO EDITORIAL USE. NO USE WITH UNAUTHORIZED AUDIO, VIDEO, DATA, FIXTURE LISTS, CLUB/LEAGUE LOGOS OR LIVE SERVICES. ONLINE IN-MATCH USE LIMITED TO 45 IMAGES, NO VIDEO EMULATION. NO USE IN BETTING, GAMES OR SINGLE CLUB/LEAGUE/PLAYER PUBLICATIONS. (Photo credit should read ADRIAN DENNIS/AFP/Getty Images)

Dan pada masa yang sama menjadi pengurus yang meletakkan nama Chelsea sebagai pasukan yang setaraf dengan pasukan besar Eropah yang lain ketika revolusi biru oleh Roman Abramovich dahulu.

Sarri bersetuju dengan komen Mourinho yang menyatakan pencapaiannya di Chelsea harus dihormati dan tidak dilupakan begitu sahaja oleh penyokong Chelsea.

Chelsea manager Maurizio Sarri (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

“Ya, Mourinho tiba dan dia memenanginya (trofi) dan saya rasa kami harus menghormati beliau dan sesiapa sahaja yang pernah memberikan trofi kepada kelab ini.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.