Pendapatan Irwan Serigar RM2.94 Juta, Berapa Pula Pendapatan Lim Guan Eng?

Posted on 4 views

Pendapatan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, TS Dr Irwan Serigar didedahkan di Dewan Rakyat, hari ini. Apakah perlu pendapatan seorang bekas penjawat awam didedahkan kepada umum secara lump sum untuk tempoh 7 tahun? 

Apa motif di sebalik tindakan Lim Lip Eng (Kepong-PH)  meminta Kementerian Kewangan menyatakan jumlah pendapatan Irwan Serigar sepanjang tempoh berkhidmat mengikut pecahan tahun. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata Irwan Serigar yang bertugas dari Januari 2011 sehingga kontraknya ditamatkan 13 Jun lalu memperoleh pendapatan RM2,94 juta. Baca di sini.

Nampak RM2.94 juta adalah banyak. Perlu diingat, ini adalah pendapatan untuk 7 tahun lebih dan belum ditolak cukai pendapatan. Adakah ini pelik? Mari pula sama-sama kita melihat pendapatan Lim Guan Eng pula.

Pendapatan Sebulan:

Gaji pokok = RM18,000

Elaun keraian = RM10,500

Elaun perumahan = RM10,800

Elaun wakil rakyat = RM10,650

Elaun parkir = RM5,700

Jumlah = RM55,650

Ini tidak mengambil kira elaun-elaun lain.

RM55,650 x 12 bulan = RM667,800

RM667,800 x 5 tahun (1 penggal) = RM3,339,000.

Bandingkan pendapatan Irwan Serigar untuk 7 tahun dan pendapatan Lim Guan Eng untuk 5 tahun:

Irwan Serigar = RM2.94 juta (untuk 7 tahun)

Lim Guan Eng = RM3.34 juta (untuk 5 tahun)

Pendapatan Lim Guan Eng di atas tidak termasuk elaun yang diterima beliau sebagai ADUN. Kesimpulannya, pendapatan siapa lagi besar anak-anak? Tidak pasti apa sumbangan TS Irwan Serigar untuk pendapatan beliau itu. Namun, Rakyat Malaysia membazir RM3.34 juta untuk 5 tahun, untuk membayar gaji Menteri Kewangan yang bodoh.

Source : Cucu Tok Selampit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.