PEMANDU TEKSI GAGAL TUNTUT ‘JANJI’ PH HARAMKAN GRAB

Posted on 2 views
Pemandu Teksi Gagal Tuntut ‘Janji’ PH Haramkan Grab

PEMANDU teksi yang menyokong Pakatan Harapan dalam pilihan raya lalu hingga berjaya menggantikan kerajaan Barisan Nasional gagal mendapat apa yang mereka harapkan.

Pemandu teksi yang mendapat pelbagai ganjaran daripada kerajaan BN sebelum ini menuntut kerajaan baharu mengharamkan khidmat Grab, tetapi impian mereka ini tidak dapat ditunaikan.

Terbaru dalam satu dialog di Langkawi hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkhidmatan Grab tidak boleh diharamkan, tetapi boleh dikawal dan dikenakan peraturan supaya adil kepada pemandu teksi.

“Saya sudah bangkitkan soal teksi ini supaya ada persaingan sihat dalam kabinet tetapi nampak tak ada tindakan yang sesuai diambil.

“Saya juga sedar bahawa persaingan ini, Grab ini tak payah ada kereta yang diluluskan oleh kerajaan tak ada pemeriksaan Puspakom, insurans dan bayar cukai jalan biasa saja bukan seperti teksi.

“Persaingan ini hendaklah seimbang satu pihak orang teksi kena macam-macam syarat Grab tak kena apa syarat pun,” katanya dalam sesi dialog dengan pemandu teksi Langkawi, lapor Utusan Malaysia.

Ini jauh sekali daripada persepsi menjelang pilihan raya umum lalu, apabila ramai pemandu teksi merasakan tuntutan mereka supaya Grab diharamkan akan dilayan oleh PH.

Salah satu berita palsu yang menggemberikan pemandu teksi menjelang pilihan raya lalu ialah PH akan mengharamkan Grab sekiranya menang dan membentuk kerajaan.

Pemandu teksi menunjukkan sokongan besar-besaran kepada PH dan mengecam pentadbiran Najib yang dituduh terlalu memberi muka pada Grab dan mengabaikan kebajikan pemandu teksi.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, persatuan teksi telah memberi amaran kepada kerajaan BN yang pemandu teksi akan mengundi PH kerana diabaikan oleh BN.

Pada Januari lalu, penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail menegaskan beliau akan terus “mengugut” kerajaan BN jika tidak memenuhi permintaan mereka, membalas kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memujuk mereka.

“Saya dimaklumkan yang Datuk Seri Zahid dakwa saya ugut dan minta saya jangan ugut kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.