Pahang Muncul Sebagai Juara Piala Emas Raja-Raja 2018

Posted on 4 views
Skuad Pahang dinobatkan sebagai juara Piala Emas Raja-Raja (PERR) Ke-78 selepas menewaskan pasukan Terengganu 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam semalam.

Pahang yang menurunkan sebahagian pemain daripada kelab Shahzan Muda FC tidak menunggu lama untuk mencetak jaringan apabila Mohd. Hafizi Abdul Halim meledak gol pertama ketika minit ketujuh untuk Pahang mendahului 1-0.

Menurut laporan daripada Kosmo, Terengganu mula melancarkan serangan ke kubu Pahang tetapi rembatan Muhammad Afif Sufyan Azman pada minit ke-24 ditepis keluar oleh penjaga gol tuan rumah, Muhammad Saufi Mohd.

Mohd. Hafizi sekali lagi berpeluang untuk menambah jaringan namun rembatannya tersasar di sebelah kanan pintu gol pada minit ke-40.

Kesebelasan utama skuad Piala Emas Raja-Raja Pahang. FOTO: Gawang/Amirul Anuar

Bersambung babak kedua, Terengganu memulakan asakan ke kubu Pahang tetapi beberapa percubaan yang dilakukan sekadar tersasar meskipun berjaya menembusi benteng pertahanan.

Memasuki minit ke-60, Saiful Nizam Abdullah mensia-siakan peluang keemasan di hadapan pintu gol Terengganu apabila rembatannya turut tersasar di kiri gawang.

Tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Azuan Izam dilayankan kad merah setelah mengasari pemain Terengganu, Muhammad Rezuan Jusoh pada minit ke-76.

Enggan mengalah sehingga ke saat akhir, Terengganu menggandakan serangan namun kecekapan Mohamad Saufi menjaga gawang berjaya memastikan Pahang muncul juara.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA – dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.