Paco Alcácer Yang Kembali Menyengat, Kongsi Pandangan Tentang Messi Dan Barcelona

Posted on 4 views
Bekas penyerang Barcelona, Paco Alcácer berkata dirinya amat bangga dan bersyukur kerana pernah diberikan peluang untuk menyarung jersi kelab gergasi Sepanyol tersebut.

Alcácer menyertai Barcelona dengan nilai 30 juta euro (RM144 juta) pada tahun 2016 selepas menyerlah bersama Valencia dengan menjaringkan 43 gol sambil melakukan 17 bantuan gol dalam 124 perlawanan.

Bagaimanapun Alcácer gagal mendapat kepercayaan dari jurulatih untuk berada dalam kesebelasan utama dengan Luis Suarez dan Lionel Messi menjadi pilihan No. 1 berbanding dirinya.

Namun, Alcácer masih berupaya melakukan 15 jaringan dalam 50 perlawanan, selain lapan gerakan gol.

Selepas dua musim menjalani karier di Barcelona, Alcácer akhirnya telah dipinjamkan ke Dortmund pada musim panas lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu menandatangani perjanjian selama setahun dengan nilai dilaporkan sebanyak 2.2 juta euro (RM10.56 juta) dengan pilihan belian 25 juta euro (RM119.96 juta) jika Alcácer berjaya memenuhi kehendak Dortmund di depan gawang.

“Kepercayaan adalah kunci utama untuk berjaya.” kata Alcácer dalam satu kenyataan di Tribalfootball.

“Anda dapat melihat setiap orang menyokong saya, semua ini adalah kejayaan dari banyak usaha.”

Apabila ditanya apakah beliau menyesal menyertai Barcelona, ini jawapan Alcácer,

“Tidak sama sekali. Saya telah belajar banyak perkara selama dua tahun dan mengambil banyak kesimpulan dari segalannya.”

Memuji Lionel Messi

Alcácer turut mengaku dirinya amat beruntung kerana pernah berpeluang bersama dalam satu pasukan dengan pemain terbaik dunia seperti Lionel Messi.

Alcácer memuji bintang Argentina itu dan menganggap bahawa Messi adalah mesin gol Barcelona yang terbaik di dunia.

“Saya telah memiliki banyak masa dengan (Lionel) Messi. Anda akan dapat melihat perkara-perkara yang dilakukan dalam latihan yang jarang dilakukan pemain lain.” kata Alcácer.

“Ia sungguh menakjubkan. Saya tidak meraguinya, yang terbaik adalah Messi.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.