Nike Serah But Tempaan Khas Untuk TMJ

Posted on 2 views
Nike telah menyerahkan but tempaan khas untuk Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Perkara itu disahkan melalui satu muat naik di laman twitter baginda semalam.

Menurut TMJ, but tersebut diserahkan sendiri oleh Encik Ernest Rodrigues yang merupakan Ketua Pemasaran Sukan Nike di Malaysia.

“Terima kasih Nike. Ketua Pemasaran Sukan Nike di Malaysia, Encik Ernest Rodrigues menyerahkan kasut but tempaan khas oleh Nike,” tulis baginda.

Di dalam muat naik tersebut, TMJ turut berkongsi kasut but berwarna keemasan dengan logo JDT terpampang, di atas sebuah Lamborghini Aventador warna keemasan.

Sepasang lagi kasut but dengan hiasan warna biru dan merah turut kelihatan, dan dipercayai turut diterima oleh TMJ daripada Nike.

Sebelum ini TMJ pernah memuatnaik gambar sepasang kasut but oleh Nike, yang persis milik penyerang England, Harry Kane.

But ini sebenarnya direka khas untuk penyerang England, Harry Kane kerana muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan Piala Dunia di Rusia.

Baginda sebelum ini turut pernah bertanya kepada warga twitter, corak mana satukah yang lebih sesuai dan menarik.

Muatnaik tersebut mendapat pelbagai maklum balas. Baginda turut menjelaskan perkongsian baginda sebelum ini adalah kerana perasaan teruja apabila Nike memaklumkan akan menempa but yang sama seperti Harry Kane dengan logo JDT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.