‘Mereka Kata Isteri Saya Pemilik Grab, Tapi Naik Grab Juga’. – Najib Mengungkit ‘Janji’ Tun M Mahu Hapus Grab ~ Bulletin Media

Posted on 5 views

‘Mereka Kata Isteri Saya Pemilik Grab, Tapi Naik Grab Juga’. – Najib Mengungkit ‘Janji’ Tun M Mahu Hapus Grab

‘Mereka Kata Isteri Saya Pemilik Grab, Tapi Naik Grab Juga’. – Najib Mengungkit ‘Janji’ Tun M Mahu Hapus Grab
‘Mereka Kata Isteri Saya Pemilik Grab, Tapi Naik Grab Juga’. – Najib Mengungkit ‘Janji’ Tun M Mahu Hapus Grab

Pada hari sama berlakunya kekecohan di dialog Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemandu teksi, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membangkitkan semula dakwaan Pakatan Harapan (HARAPAN) berjanji untuk menghapuskan perkhidmatan pengangkutan berasaskan aplikasi seperti Grab sebelum PRU ke-14.

*video sekadar hiasan

Ia di sebalik Mahathir ketika itu telah pun menafikan ada membuat janji seperti itu.

ARTIKEL MENARIK: ‘Kalau Tanak Saya Jadi PM Bagi Tau, Hari Ni Juga Saya Letak Jawatan’. Rupanya Ini Sebabnya Kenapa

“Seperti yang saya nyatakan minggu lepas, janji palsu tersebar di kalangan pemandu teksi sebelum PRU ke-14 bahawa HARAPAN akan haramkan Uber dan Grab bila mereka berkuasa.

“Ia antara punca utama pemandu teksi menolak dan memburukkan kerajaan BN yang pernah banyak menolong mereka.

“Selain janji palsu, turut tersebar kononnya isteri saya adalah pemilik Grab (yang) menambah kebencian mereka. Kebenaran akhirnya muncul pagi ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam satu majlis di Langkawi pagi tadi, sekumpulan pemandu teksi berteriak dan bertindak keluar daripada acara itu kerana tidak menerima penjelasan perdana menteri berkenaan Grab.

Ketika kempen PRU ke-14, Najib mengkritik Mahathir kerana menurutnya mahu mengharamkan perkhidmatan pengangkutan berasaskan aplikasi jika HARAPAN menang.

Beliau berkata hanya menggesa penilaian semula agar memastikan hak kedua-dua pihak – pemandu teksi dan perkhidmatan itu – dilindungi.

Dakwaan janji itu pertama kali muncul selepas portal the Star Online melaporkan Mahathir berkata demikian tetapi artikel tersebut sudah dipadam.

sumber Mkini

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluahkan rasa kecewanya dengan sikap pemandu teksi yang enggan mendengar penjelasannya berkaitan isu e-hailing.

Kejadian itu berlaku apabila kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dalam satu sesi dialog yang diadakan bersama perdana menteri di Langkawi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.