Masalah Dan Cabaran Kerap Dihadapi Penyokong Ketika Final

Posted on 3 views
Final bola sepak adalah kemuncak bagi sesuatu pertandingan dan para penyokong pastinya tak mahu terlepas aksi pasukan kesayangan mereka.

Menyaksikan final di stadium tak akan sama dengan menonton final di televisyen.

1. Masalah nak dapatkan tiket

Ini antara masalah yang paling popular. Disebabkan barang panas dan ianya cepat habis, memang ramai yang akan berhadapan dengan kesukaran. Harapkan tiket atas talian, lagi cepat habis.

Ada yang sanggup beratur panjang sejak malam semalam sebelum kaunter tiket dibuka. Betapa sukarnya nak mendapatkan tiket final.

via GIPHY

Ditambah pula sistem penjualan tiket kita di Malaysia yang masih belum cukup efisien.

Lagi sakit hati ramai pula ulat tiket menjual tiket pada hari perlawanan dengan harga yang sangat mahal.

Ada pula yang senang-senang dapat tiket daripada ahli politik, harap tahun ini dah tak ada masalah ini. Biar sama adil kepada semua.

2. Makwe ataupun orang rumah tak bagi lesen

Ini juga antara masalah kerap dihadapi oleh abang-abang peminat bola sepak.

Kena pula pada malam final memang hujung minggu, makwe dan orang rumah ajak pergi keluar untuk ‘berdating’ ataupun makan-makan.

via GIPHY

3. Sama tarikh hari kahwin rakan atau saudara-mara

Serba salah dibuatnya. Kalau kawan tu kahwin di sekitar lembah Kelang ataupun berdekatan tu masih ok lagi. Ini kalau kawan tu kahwin di kampung yang jauh.

Memang sukar nak mencari alasan sebab terang-terangan itu malam final bola sepak.

4. Bos tak beri cuti ataupun syif sama dengan jadual final

Final ini tarikh biasanya diketahui pada kurang 2 minggu ataupun seminggu. Memang tak ramai yang dapat cuti. Kalau ada yang dapat itu, memang bos anda terbaik.

Ada yang terpaksa buat muka tebal nak yakinkan bos dengan statistik pasukan kesayangan dia ke final tak selalu, bukan setiap tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.