Luciano Figueroa Mohon Maaf Dan Akui Sedih Gagal Ke Final

Posted on 2 views
Juara Liga Super 5 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala Malaysia musim ini apabila tewas kepada Terengganu FC melalui aggregat 2-3 di Stadium Larkin semalam.

Pengurus merangkap ketua jurulatih JDT, Luciano Figueroa adalah antara individu yang paling sedih kerana tidak dapat membawa pasukannya melangkah ke perlawanan akhir tahun ini.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada para pemain kerana telah memberikan yang terbaik sepanjang perlawanan di atas padang.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada ‘The Boss’ kerana sentiasa dan tidak pernah putus asa memberikan sokongan kepada pasukan.

“Sudah pasti kami berasa sangat sedih kerana tersingkir dalam saingan ini. Kami telah bermain dengan baik, sentiasa menyerang dan mencipta banyak peluang namun kami tidak berjaya menjaringkan gol dari peluang yang kami cipta sendiri.

“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada para penyokong atas sokongan tidak berbelah bahagi anda kepada kami,” kata Figueroa dalam kenyataan di laman facebook JOHOR Southern Tigers.

Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada para pemain kerana telah memberikan yang terbaik sepanjang perlawanan di atas…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, October 20, 2018

Kekalahan itu turut mengundang kritikan penyokong skuad Harimau Selatan yang mempersoalkan keperluan menurunkan pemain yang baru sembuh daripada kecederaan iaitu Fernando Marquez berbanding Fernando Elizari.

Figueroa menjelaskan Marquez diturunkan kerana mereka memerlukan seorang penyerang berbisa bagi menjaringkan gol untuk pasukan.

“Kami membuat keputusan untuk menurunkan Marquez ke dalam kesebelasan utama adalah kerana beliau telah menjaringkan banyak gol kepada pasukan.

“Kemudian kami cuba untuk menurunkan Syafiq Ahmad di bahagian kiri dan Gonzalo di bahagian tengah kerana beliau sangat pantas dan mampu mengawal bola dengan baik. Walaubagaimanapun kami telah tersingkir namun ia bukanlah satu alasan,” jelasnya.

Safawi Rasid cuba mengelak pemain pertahanan Terengganu FC. FOTO: JDT

Pada masa yang sama, beliau memohon maaf kepada semua penyokong skuad Harimau Selatan dan mengucapkan terima kasih di atas sokongan mereka sepanjang saingan Liga Malaysia musim ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.