Lopetegui Yakin Beliau Tidak Akan Dipecat Sebagai Pengurus Real Madrid

Posted on 1 views
Julen Lopetegui berkata, dia ‘amat yakin’ untuk kekal menggalas tugas selaku jurulatih Real Madrid untuk perlawanan ‘Clasico’ bertemu Barcelona dalam aksi La Liga, Ahad ini.

Real menumpaskan Viktoria Plzen 2-1 awal pagi tadi dengan jaringan Karim Benzema dan Marcelo menjamin keputusan yang diperlukan meskipun rekod kemenangan mereka tidak menentu sebelum ini.

Lopetegui berkata, dia mengharapkan keputusan itu akan menjadi titik baharu buat pasukannya selepas mengalami tiga kekalahan sebelum ini.

Keputusan itu meletakkan juara Eropah itu kini menyamai mata dengan Roma dalam Kumpulan G Liga Juara-Juara dan melegakan Lopetegui menjelang kunjungan ke Camp Nou, hujung minggu ini.

Ditanya sekiranya dia akan mengendali pasukan ketika menentang Barca, Lopetegui berkata: “Saya amat yakin dengannya. Kami menang dan kami sudah memikirkan mengenai persiapan untuk perlawanan Ahad nanti.”

Menurut sumber dari skysports, Pengarah Real Madrid, Emilio Butragueno juga mengesahkan yang Lopetegui akan mengemudi kelab ketika menentang Barcelona nanti.

“Iya, seperti normal, sudah tentu,” kata Butragueno. “Saya amat yakin dengan corak permainan sebegini, adalah amat penting untuk kekal tenang, terus bersama, percaya kepada pemain.

“Kami menggambarkannya sebagai normal, ini adalah bola sepak dan ia benar, kami mendengar spekulasi, tetapi kami pergi dengan keyakinan ke Camp Nou.”

Pemain Madrid termasuk Sergio Ramos, Marcelo and Isco, menunjukkan sokongan mereka kepada Lopetegui sejak kekalahan di laman sendiri di tangan Levante, Sabtu lalu.

Benzema yang menjadi bintang Madrid ketika menentang Plzen turut menunjukkan sokongan dengan berkata: “Bos sangat bagus, pemain bersamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.