“Liverpool Seperti Anjing Yang Kehilangan Mainan Kegemaran”

Posted on 5 views
Pengurus Liverpool menyamakan perubagan taktikal yang dilakukan pada musim ini menjadikan Liverpool seperti seekor anjing yang kehilangan mainan kegemarannya.

Analogi yang digunakan oleh pengurus dari Jerman itu agak mengejutkan, setelah Klopp terpaksa mengubah corak permaianan mereka menentang Huddersfield.

Gol tunggal daripada Mohamed Salah cukup untuk memastikan Liverpool terus bersaing dengan pendahulu utama, Manchester City, sekaligus merekodkan kemenangan 1-0 pada Sabtu lalu.

Kemenangan tersebut turut menyaksikan Liverpool sebagai sebuah pasukan yang stabil selepas kecederaan beberapa tongak utama.

Perlawanan itu juga menjadikan rekod tanpa dibolosi Liverpool kini ialah enam perlawanan daripada sembilan perlawanan yang telah dilalui setakat ini.

Mengenai analogi menyamakan Liverpool seperti seekor anjing, Klopp sebenarnya merujuk kepada perubahan taktikal yang perlu dilakukan oleh beliau untuk melindungi pemain-pemainnya pada musim ini.

(Photo by Getty Images)

Pada musim ini, skuad kendalian Klopp kurang bergantung kepada sistem high press yang sinonim dengan taktikal gegenpressing pengendali itu.

“Musim lalu, kekuatan utama pasukan ini ialah high press. Dan ketika lawan seperti enggan bermain bola sepak, ia seperti berkata: minta maaf.

“Ia seperti seekor anjing. Jika anda tidak memberi anjing itu mainan kegemaran, dan memberikan benda lain, anjing itu akan berfikir: ‘Tidak, saya tidak mahu itu. Saya makukan benda lain. Saya mahukan high press.

“Begitulah pasukan ini harus berkembang. Selangkah demi selangkah, kita harus terima perubahan.

“Sekarang kita harus lebih baik ketika melakukan tekanan di bahagian tengah. Dalam perlawanan menentang Huddersfield, kita tidak mempunyai masalah itu.

“Masalah kami ialah ketika memiliki penguasaan bola, kami sepatutnya beraksi lebih baik dari apa yang dipamerkan,”ujar Klopp panjang lebar.

Liverpool selepas ini akan mengalihkan perhatian mereka ke saingan UEFA Champions League dengan menanti kunjungan Red Star Belgrde di Anfield.

“Anda tidak akan menang hanya dengan bola sepak menyerang. Ia mustahil. Kerana ia akan membuatkan anda terdedah dan padang ini amat luas untuk itu berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.