Lima cabang Melaka, N.S adakan pemilihan semula

Posted on 4 views
Lima cabang PKR di Melaka termasuk satu di Negeri Sembilan akan mengadakan pemilihan semula dalam waktu yang akan ditetapkan tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Rashid Din berkata, lima cabang itu adalah Jelebu, Tangga Batu, Kota Melaka, Masjid Tanah dan Jasin perlu mengadakan pemilihan semula gara-gara masalah teknikal yang berlaku pada hari pengundian Sabtu lalu.

‘Kita akan melihat keadaan dan keperluan yang sepatutnya memandangkan ini adalah pemilihan semula jadi semua yang dilakukan nanti perlu sempurna dan berjalan lancar.

“Lima cabang PKR ini akan membuat pemilihan semula, bagaimanapun belum ada tarikh lagi, kita akan tentukan kemudian,” katanya seperti dipetik Sinaronline.

Kelmarin, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR memutuskan akan mengadakan pemilihan semula di lima cabang di Melaka dan satu di Negeri Sembilan.

Keputusan bagi kesemua cabang terlibat belum dapat dimuktamadkan lagi, disebabkan masalah teknikal yang dihadapi.

Antara faktor yang dikaitkan dengan masalah itu adalah tablet yang digunakan untuk e-undi itu kehabisan kuota data, menyebabkan talian internet gagal diakses dengan baik.

Ini adalah masalah teknikal kedua yang terjadi dalam pemilihan dalam pemilihan PKR tahun ini.

Pada September lalu, semua keputusan Kedah dibatalkan dan pemilihan semula diadakan bagi kesemua cabang negeri itu selepas menghadapi masalah teknikal dalam pemilihan. – MD

Source : WRLT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.