“Lebih Stailo,Jangan Shave,” – Ini Permintaan Netizen Buat Zul Ariffin Sebab…

Posted on 3 views
Pelakon, Zul Ariffin muat naik entri terbarunya di laman Instagramnya semalam menunjukkan bahawa dia kini mempunyai jambang.

“Keep calm and grow a beard,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang menyukainya apabila Zul mempunyai jambang dan memohon agar pelakon drama, Rindu Awak 200% itu terus menyimpannya.

Netizen mula menyukai stail jambang Zul semasa dia melakonkan watak Haris di dalam drama Titian Cinta bersama pelakon, Farah Nabilah tahun lalu.

Namun begitu, ada juga yang mengatakan bahawa Zul nampak lebih ‘bersih’ tanpa jambang serta lebih terserlah lesung pipitnya.

Alahai, ada-ada sahaja netizen ini. Tapi, biasalah bila dah bergelar ‘public figure’ ini kenalah hadap ini semua kan?

Apa-apapun, pada MH, jambang atau tiada jambang, Zul tetap mampu mencairkan hati para wanita!

Foto/Instagram: Zul Ariffin

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.