Lans Koperal ditemui mati ditembak di kepala ~ Bulletin Media

Posted on 3 views

IPOH – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditemui mati dengan satu kesan tembakan di bahagian kepalanya di tepi kuaters di dalam Balai Polis Pekan Baru di sini hari ini.

Lans Koperal ditemui mati ditembak di kepala
Lans Koperal ditemui mati ditembak di kepala

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Hussain berkata, mayat mangsa yang berusia 29 tahun dan masih bujang itu dijumpai di belakang kuarters tersebut kira-kira pukul 6.15 pagi tadi.Jelasnya, siasatan awal terhadap mayat mendapati, kepalanya tembus dipercayai terkena satu tembakan daripada senjata miliknya.

ARTIKEL MENARIK: Bagaimana 88,000 Tan Sampah United Kingdom Boleh Ada Di Malaysia?

“Mangsa dipercayai baru dua hari melapor diri di Balai Polis Pekan Baru dan sebelum ini bertugas sebagai pasukan petugas khas Jabatan Siasatan Jenayah serta Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7).

“Setakat ini, kita sedang menyiasat beberapa perkara terutamanya kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Pekan Baru di sini sebentar tadi.

Menurut Razarudin, polis sedang menyiasat punca kejadian dan masih terlalu awal untuk mengatakan mangsa telah bunuh diri atau mati dibunuh.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

—————————————————————–
loading…

Source : Bulletin Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.