Kenapa Tan Cheng Hoe Pilih Syamer Bukannya Natxo Insa?

Posted on 5 views
Penganalisis bebas Zuraimi Zukri tampil dengan analisis beliau berkenaan dengan ketiadaan panggilan untuk Natxo Insa.

Sebaik sahaja keluar senarai 26 pemain untuk latihan kebangsaan bagi persiapan akhir sebelum ke Piala AFF, ramai mempersoalkan di mana Natxo Insa?

Adakah relevan peminat mahu tahu kenapa Natxo tak dipanggil sedangkan beberapa pemain lain ada dalam senarai.

Analsisis

Natxo (899) OUT, Syameer (62) IN

Ternyata Syameer lebih baik dari Naxto dari kaca mata Tan Hoe. Dengan hanya bermain selama 62 minit sepanjang 3 bulan-Ogos,September, Oktober, Syameer telah layak secara merit untuk menyarung jersi keramat Harimau Malaya.

Dalam satu statistik yang dikeluarkan sebelum ini lebih 400 pemain yang mencecah 1,000 minit keatas sepanjang musim ini (termasuk import hampir 50 import).

Saymeer tidak capai 500 minit ataupun separuh musim sekalipun..

Buat masa ini, nak tak nak, Tan Cheng Hoe hanya mempunyai satu nama untuk dijadikan pemain tengah utama dari kelab JDT, Natxo Insa.

Pada permulaan musim JDT mampu memberi minit lebih kepada pemain tengah lokal seperti Afiq Fazail dan Safiq Rahim.

Kehadiran Fernando Elizari pada jendela perpindahan tengah musim menjadikan 3 pemain tengah JDT adalah import, mujur Naxto berjaya di ‘copy local’.

Elizari awalnya dianggap Longhi sebagai pengganti Diaz, namun ternyata pemain itu adalah no.8 ataupun box to box. Dan mereka memberikan ruang kepada Safawi Rasid untuk menggantikan Diaz.

Bagaimana Tan Chang Hoe melihat Syamer Kutty, pemain 62 minit dalam tempoh 3 bulan/10 perlawanan sudah layak berada dalam kumpulan pemain yang bagi menggalas cabaran Piala AFF?

Malahan lebih kritikal pemain 62 minit ini di eksperimen jadi pemain utama ketika bertemu Kyrgyzstan.

Hanya Tan Cheng Hoe dan rakan-rakannya tahu. Saya tidak tahu.

Yang saya tahu saya mahu melihat Naxto. Secara asasnya, Tan Cheng Hoe memilih pemain yang bergelut menjadi pemain ke-2 di posisi tengah dalam pasukan JDT mengatasi pemain utama JDT yang membantu pasukan menjuarai Liga Super 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.