‘Kenapa tak padam post? Saya hanya share link, bukan upload video Munafik 2’

Posted on 71 views

Padah berdegil menghapuskan perkongsian link untuk memuat turun filem Munafik 2 secara haram di media sosial, pengarah filem tersebut, Syamsul Yusof, telah memfailkan saman terhadap individu terbabit atas dakwaan melanggar hak cipta filem terbitan Skop Productions. 

Difahamkan, pihak Syamsul sebelum itu telah memberikan amaran kepada Muhammad Izwan Shah Kamal Shah, 30, dan beberapa individu lain untuk menarik balik perkongsian haram itu. Malangnya, Muhammad Izwan dikatakan berdegil, malah dengan berani mencabar Syamsul mengambil tindakan terhadapnya. 

Ekoran itu, Syamsul telah membuat laporan polis pada 20 September lalu dan perbicaraan di mahkamah berlangsung pada hari ini. 

Bagaimanapun, 10 jam yang lalu tersebar di media sosial kenyataan dari individu yang dipercayai ditulis oleh Muhammad Izwan yang menggunakan nama samaran, Sasuuke Kun. 

“Salam semua. Sebelum kes perbicaraan di Mahkamah Taiping pukul 9 pagi ini, izinkan saya memberi sepatah dua kata. Dalam usaha membela diri (sebab saya tidak mampu mengupah peguam untuk bercakap bagi pihak saya, saya harap di media sosial ini sahaja yang boleh saya ceritakan apa yang saya lalui). 

“Seperti yang saya beritahu hari itu, saya akan menulis atau menaip perihal isu kes saman Syamsul ke atas diri saya yang sudah lama dalam kesusahan ini. 

“Firstly, saya mengaku saya memang jenis suka nak menang dalam apa jua perdebatan, keyboard warrior, bongkak, ego. Tetapi percayalah saya selalu berjuang mengikut fakta, bukan auta. Mana yang sudah lama kenal saya, diorang saja yang faham saya macam mana. 

“Pasal post link Munafik 2 tempoh hari, saya betul-betul memohon maaf jika ada pihak yang tersinggung. Seriously saya tak kenal orang. Memangkan semua post saya dalam bentuk public, random people datang komen. Kebanyakan post saya dalam bentuk sharing info. Sama ada komen positif mahupun negatif. 

“Tapi tak sangka post saya hari itu, PA Syamsul dengan adik perempuan dia sendiri yang datang komen. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.