Kelibat Evra Bersama Ed Woodward & David Gill Cetus Spekulasi

Posted on 6 views
Untuk tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris berturut-turut membabitkan Manchester United, kelibat Patrice Evra telah dilihat bersama pengerusi eksekutif kelab, Ed Woodward.

Sebenarnya ia perkara biasa buat bekas pemain hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan.

Bermula dengan kunjungan ke West Ham, Evra dilihat hadir di London bersama Woodward. Ia mungkin kebetulan kedua-dua individu itu hadir bersama untuk menyaksikan perlawanan.

Lagipun Evra beraksi untuk West Ham dengan kontrak singkat pada musim lalu.

Kedua-duanya kemudian dilihat berada di Old Trafford ketika skuad kendalian Jose Mourinho bangkit dari ketinggalan dua gol untuk menang 3-2 ke atas Newcastle United.

Spekulasi pemecatan Mourinho bertiup kencang sebelum perlawanan.

Manchester United dilihat akan mengekalkan Mourinho, jika bibit-bibit positif termasuk keputusan seri di Chelsea berterusan.

Jadi mustahil Evra dilihat sebagai bakal pengganti kepada pengendali dari Portugal itu. Dan jika Mourinho bakal dipecat, mustahil bekas bek kiri itu akan mengambil alih tempat Mourinho.

Dalam perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge, kelibat kedua-dua individu, Evra dan Woodward dilihat sekali lagi bersama.

Lebih serius, kedua-duanya disertai oleh David Gill, bekas Ketua Pegawai Eksekutif yang mahir dengan selok belok perpindahan pemain di kelab tersebut ketika era sebelum keluarga Glazer tiba di Old Trafford.

Tiga perlawanan Evra dan Woodward dilihat bersama? Adakah ianya masih kebetulan?

Rata-rata penyokong Manchester United percaya ianya bukan kebetulan. Malah mereka percaya sesuatu sedang berlaku di sebalik tabir yang mengundang kedua-dua individu sering dilihat bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.