Keadaan Terkini Tahap Kesihatan Elyana Buat Ramai Netizen Sebak ~ Bulletin Media

Posted on 13 views

Keadaan Terkini Tahap Kesihatan Elyana Buat Ramai Netizen Sebak

Keadaan Terkini Tahap Kesihatan Elyana Buat Ramai Netizen Sebak
Keadaan Terkini Tahap Kesihatan Elyana Buat Ramai Netizen Sebak

Semua sedia maklum, penyanyi Elyana menghidap kanser sejak tujuh tahun lalu. Terbaru, menerusi Berita Harian, penyanyi itu memaklumkan dirinya kini sukar berjalan ekoran dari sel kanser kelenjar sudah merebak ke bahagian tulang belakang. Dia turut mendedahkan dirinya berisiko lumpuh andai tidak membuang sel yang bersarang pada bahagian berkenaan.ARTIKEL MENARIK: “Baik balik rumah, hisap mak kau punya puting…” – Lirik Lagu Baru Waris Undang Kecaman. Mintak2 Budak Sekolah Tak Hafal

Hari ini (semalam) saya sepatutnya berjumpa doktor. ‘Limfa Node’ ini sudah berada di tulang belakang, tapi saya pun tak perasaan. Jadi kena buat CT scan untuk pengesahan.
Sebenarnya doktor pun ada tanya, apakah saya berjumpa pakar berkenaan (penyakit) kanser saya atau tidak? Sudah lama pun saya tak jumpa, rindu juga pada dia.

Menurut Elyana, dia memaklumkan sel kanser kelenjar yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu sudah merebak ke bahagian tulang belakang hingga menyebabkannya sukar berjalan. Dia turut mendedahkan dirinya berisiko lumpuh andai tidak membuang sel yang bersarang pada bahagian berkenaan.

Sakit bahagian belakang

Bukan Ali saja ada tongkat. Nana (Elyana) pun ada tongkat, Tongkat Nana. Ini hadiah daripada Bee, kawan saya. Senang ada tongkat ini yang banyak membantu saya berjalan.

Kami dimaklumkan sel menyerang bahagian atas pinggulnya, iaitu hujung saraf tunjang. Keadaan itu yang membuatkan dia mengalami kesakitan pada bahagian berkenaan.

Selepas mengalami kesakitan pada bahagian belakang, akui Elyana, pergerakannya memang terbatas dan menyakitkan. Walaupun menahan kesakitan, dia tetap tampak positif, malah dalam perkongsian berkenaan dia sempat berseloroh dan berjenaka.

Dalam video lain, ibu kepada seorang cahaya mata berusia lapan tahun itu turut menunjukkan sebatang tongkat yang dihadiahkan kenalannya.

Keadaan semakin menurun

Buat masa ini, kami masih menunggu laporan daripada hasil CT scan. Apa pun, doktor menyarankan dia menjalani radioterapi bagi membunuh sel itu dengan segera.
Memang kalau tidak dibuat segera, dia takkan dapat berjalan. Mungkin proses berkenaan akan dilakukan sama ada petang atau malam ini

Menurut ahli keluarga terdekat, Elyana dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya, Selangor, sejak kelmarin berikutan keadaan kesihatannya yang menurun.

PENYANYI dan pelakon, Elyana, memaklumkan sel kanser kelenjar yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu sudah merebak ke bahagian saraf tunjang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.