Kalau anak makcik nak kahwin dengan orang macam hampa (berniaga pasar malam), makcik tak restu’ ~ Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat

Posted on 4 views

Jangan dipandang rendah pada kerjaya orang lain kerana rezeki masing-masing telah ditentukan olehNya. Sebaliknya, bersyukurlah kerana dengan adanya mereka, kehidupan kita seimbang dan saling memerlukan antara satu sama lain. 

Perbualan di antara peniaga buah dengan pelanggannya ini jelas menunjukkan masih ada lagi segelintir masyarakat kita bersikap begini, malah terus mengagungkan kejayaan anak-anak sendiri sehingga merendahkan orang lain tanpa sedar telah menyakiti hati mereka. Jangan jadi seperti makcik ini ya. 

MASA berniaga tadi, abam dikejutkan dengan statement sentap dari seorang makcik.

Makcik: “Makcik tengok hampa yang dok niaga ni muka-muka muda lagi naa, macam muka belasan tahun pun ada, awai dua puluhan pun ada.” 

Abam: “Macam tu la makcik. Anak-anak muda nak cari rezeki dengan berniaga.”

Makcik: “Tapi rugi la, pasai pa hampa tak mau pi sambung belajar? Masuk kolej ka, universiti ka? Bukan apa, pasar malam ni bukan ada jaminan apa-apa pun kat hampa. EPF, SOCSO pun tak dak. Pencen lagi la tak dak. Anak makcik tiga orang perempuan, tiga-tiga masuk universiti. La ni, tiga-tiga kerja kerajaan, ada la jaminan hidup. Lega hati.” 

Abam: “Alhamdulillah, rezeki masing-masing makcik. Berniaga pun okey juga, pun ada jaminan juga.”

Makcik: “Jaminan apa nya? Nak beli apa-apa pun susah. Nak buat loan lagilah susah. Nak habaq kat hang, anak sulong makcik, kerja kerajaan enam tahun dah. La ni boleh beli kereta dan rumah apartment sebijik kat Kuala Lumpur sana. Hang tau la harga rumah kat sana ratus-ratus ribu. Bukan senang nak dapat beli.” 

Abam: “Berniaga ni seronok, duit hari-hari depan mata kami. Cukup buat kami puas. Berniaga ni kan sunnah Nabi.” 

Makcik: “Elehhh, la ni cakap pakai mulut boleh la. Kalau anak makcik nak kahwin dengan orang macam hampa, makcik tak restu.” 

Tersentap sungguh laa. 

Moral of the story:

1. Berniaga dan ada pelajaran itu satu bonus. Tapi bukan bermaksud boleh memperlekehkan orang yang berniaga tanpa pelajaran/akademik. Berniaga juga satu tempoh pembelajaran. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.