Jordi Alba Berharap Julen Lopetegui Terus Diberikan Peluang Bersama Real Madrid

Posted on 3 views
Pertahanan Barcelona, Jordi Alba meluahkan perasaan bahawa dirinya amat berharap jika Julen Lopetegui terus kekal memimpin skuad Real Madrid.

Alba turut menganggap yang tindakan pihak pengurusan kelab itu untuk memecat Lopetegui disebabkan pres­tasi tidak menentu pada musim ini adalah satu kesilapan besar dan bakal merugikan pasukan.

Menurutnya, Lopetegui adalah salah seorang pengurus terbaik dan layak untuk diberi peluang di Madrid.


“Semua orang membuat keputusan dan pada masa itu Julen mahu menamatkan Piala Dunia dan kemudian menandatangani untuk sertai Real Madrid.”

“Tetapi, presiden Federasi Bola Sepak Sepanyol [Luis Rubiales] membuat keputusan yang diambilnya,”

“Saya mempunyai hubungan yang baik bersama Julen Lopetegui.”

“Saya sangat menyukainya kerana dia banyak membantu saya dan saya berharap dia dapat kekal dikedudukannya.” jelas Alba kepada Sport.

Tambahnya lagi, “Walaupun saya tidak meminati pasukan yang dilatihnya, dia layak untuk meneruskan kariernya kerana dia adalah seorang profesional yang hebat.”

Pengurus berusia 52 tahun itu menyertai Los Blancos pada 12 Jun 2018.

Beliau telah dinamakan sebagai pengurus Real Madrid yang baharu beberapa minggu selepas menetapkan masa depannya dengan skuad kebangsaan Sepanyol.

Lopetegui menandatangani perjanjian sehingga 2020 pada 22 Mei lalu tetapi Real Madrid telah merebut peluang itu dan beliau bersetuju untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol itu selepas Piala Dunia.

Diawal kariernya bersama Real Madrid telah menunjukkan keputusan positif selepas berjaya membawa kelab tersebut memenangi lima kemenangan dan satu seri dari enam perlawanan.

Namun sejak kebelakangan ini, prestasi Real Madrid mula mengalami ketidaktentuan selepas terpaksa mencatat empat kekalahan dan satu seri dalam lima perlawanan terakhir melibatkan pasukan.

Keputusan tersebut jelas telah menjejaskan reputasi Lopetegui sebagai pengurus terbaik di Sepanyol ketika ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.