JDT Ucap Selamat Tinggal Kepada Pertahanan Legenda Mereka, Marcos Antonio

Posted on 8 views
JDT menngucapkan selamat tinggal kepad Marcos Antonio selepas 4 tahun pemain itu menabur bakti di JDT.

Beliau adalah antara pemain yang paling berjaya dalam sejarah JDT terutama sekali pada era pasukan itu dijenamakan semula oleh TMJ.

Beliau merupakan bekas pemain beberapa kelab Eropah sepert PAOK, Rapid Bucuresti dan FC Nurnberg.

Marcos Antonio menyertai JDT pada 2014. Dan selepas itu beliau mengecapi banyak kejayaan bersama dengan pasukan di selatan tanah air itu.

Beliau membantu JDT menjuarai 5 Liga Super berturut-turut. Ataupun kesemua Liga Super dalam sejarah JDT ada nama beliau dalam pasukan.

2 Pertandingan Piala Domestik dirangkul beliau iaitu, Piala FA dan Piala Malaysia.

Piala FA beliau menangi pada 2016. Manakala Piala Malaysia melengkapkan lagi koleksi semua piala domestik Malaysia di dalam kabinet beliau. Selain itu beliau juga ada 3 Piala Sumbangsih.

Dan kejayaan terbesar sudah pastinya membantu JDT menjuarai Piala AFC pada 2015.

Sepanjang kariernya di JDT, Marcos menjadi pemimpin di dalam padang terutama sekali di barisan pertahanan. Beliau beberapa kali juga menjadi kapten JDT.

Beliau sentiasa diberikan kepercayaan oleh mana-mana jurulatih JDT kerana komitmen dan juga disiplin beliau.

Pernah mengalami kecederaan lutut yang serius namun selepas itu beliau bangkit semula dan memahat sekali lagi namanya dalam pasukan utama.

Sumbangan terakhir beliau adalah separuh akhir Piala Malaysia menentang Terengganu. JDT gagal ke final.

Beliau kini sudah berusia 35 tahun. Sudah pastinya beliau akan dikenang sebagai pertahanan legenda JDT.

Kami tidak pasti sama ada beliau selepas ini akan bersara ataupun menyambung karier beliau di tempat lain.

Apa yang pasti nama beliau akan terpahat dalam sejarah JDT dan juga bola sepak Malaysia. Mungkin suatu hari nanti beliau akan kembali semula menabur bakti di JDT sebagai sebahagian daripada kejurulatihan pasukan?

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.