JDT Ucap Selamat Tinggal Dan Terima Kasih Kepada Fernando Elizari

Posted on 4 views
Sebentar tadi menerusi lama JST, pasukan JDT ucap selamat tinggal kepada Fernando Elizari dan mendoakan yang terbaik untuk pemain dari Argentina tersebut.

Kempen domestik JDT berakhir semalam apabil mereka tersingkir daripada saingan Piala Malaysia. TMJ tetap bangga dengan musim ini kerana JDT mencapai sasaran yang ditetapkan.

TMJ mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan berjanji akan membentuk pasukan JDT yang lebih kuat selepas ini.

Fernando Elizari adalah pemain yang dibawa masuk oleh JDT pada pertengahan musim bagi menguatkan bahagian tengah pasukan. Beliau tiba menyertai JDT bersama-sama dengan Fernando Marquez.

JDT ketika itu kehilangan Jorge Pereyra Diaz dan memutuskan untuk tidak meneruskan khidmat Harry Novillo.

Musim ini Fernando Elizari berjaya membantu JDT melengkapkan kejuaraan Liga Super ke-5 berturut-turut. Seterusnya Elizari melengkapkan musim double dengan JDT apabila menjuarai Piala FA 2018.

Secara tak langsung Elizari juga telah membantu menyempurnakan misi JDT untuk mara ke ACL buat pertama kali musim hadapan.

Elizari bermain di bahagian tengah digandingkan dengan Natxo Insa dan Hariss Harun. Sekaligus menggantikan tempat Safiq Rahim pada musim ini dalam kesebelasan utama.

Musim ini juga beliau berjaya menjaringkan 2 gol sepanjang tempoh di JDT. Elizari antara pemain yang digemari oleh penyokong JDT kerana komitmen dan disiplin beliau di dalam padang.

Namun apakan daya, jodoh bersama JDT tak panjang.

JDT pastinya dalam perancangan untuk membawa pemain import baharu bagi menguatkan pasukan mereka musim hadapan.

Musim 2019, JDT akan beraksi dalam ACL. Kualiti dan kualiti squad depth pastinya aspek yang akan menjadi sangat mustahak.

Selamat tinggal Fernando Elizari dan kami juga mengucapkan selamat maju jaya untuk anda.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.