Jaringan Tunggal ‘Parjo’ Hadiahkan Kemenangan 1-0 Buat KRU Port Klang FC Atasi Cheras Raptors

Posted on 4 views
Jaringan tunggal dari Rosedy Muslim berjaya menghadiahkan kemenangan 1-0 buat KRU Port Klang keatas Cheras Raptors pada perlawanan Selangor Champions League 2018 di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Beraksi di bawah terik matahari pada awal permainan tidak berupaya menghalang KRU Port Klang FC bagi membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 perlawanan.

Gol pendahuluan tersebut dihasilkan pemain veteran, Rosedy Muslim yang mendapat umpanan tandukan daripada Samsul Siddi berpunca dari sepakan percuma dan seterusnya menewaskan penjaga gol Cheras Raptors, Mohd Syamil Baharudin.

Namun, selepas jaringan yang dihasilkan penyerang berusia 38 tahun itu, tiada serangan menarik yang dapat disaksikan apabila gerakan-gerakan yang dicipta berjaya dipatahkan jentera pertahanan masing-masing.

Ketiadaan ketua pasukan, Amares Singh yang menerima kad merah pada perlawanan lalu dilihat menjejaskan rentak permainan Cheras Raptors.

Sepakan percuma dari sebelah kanan pintu gol Cheras Raptors hampir menjadikan kedudukan 2-0 setelah rembatan terus yang dilakukan berjaya ditepis keluar Mohd Syamil.

Rosedy mensia-sia peluang keemasan yang dimiliki pada minit ke-58 selepas sepakan penalti yang diambil pemain yang mesra dengan panggilan ‘Parjo’ itu tersasar ke sebelah kanan gawang Cheras Raptors.

Sepakan penalti tersebut dihadiahkan pengadil perlawanan selepas Hamad Aqeel Mabkhot menjatuhkan Nasrullah Noor dalam kawasan penalti.

Jaringan tunggal pada awal permainan oleh Rosedy itu memberikan kemenangan ketiga buat KRU Port Klang FC untuk menduduki tangga kedua kumpulan B dengan 11 mata.

Manakala, Cheras Raptors pula mengumpul enam mata selepas mencatatkan satu kemenangan, tiga seri dan satu kekalahan.

Pemain terbaik perlawanan: Zameer Zainun (KRU Port Klang FC)

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.