Jangan Cepat Hukum ‘Geng Kunyit’ Sebagai B3ncana Bal4 Allah – Mujahid ~ Bulletin Media

Posted on 5 views

Jangan Cepat Hukum ‘Geng Kunyit’ Sebagai B3ncana Bal4 Allah – Mujahid

Jangan Cepat Hukum ‘Geng Kunyit’ Sebagai B3ncana Bal4 Allah – Mujahid
Jangan Cepat Hukum ‘Geng Kunyit’ Sebagai B3ncana Bal4 Allah – Mujahid

KUALA LUMPUR: Gejala lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di negara ini masih terkawal hasil pelbagai program pemulihan yang diwujudkan untuk golongan itu.

*video penuh di bawah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, dalam menangani isu berkaitan LGBT, semua pihak mempunyai tanggungjawab menanganinya.

ARTIKEL MENARIK: Zahid Kata Bala Di Palu Kerana LG BT, Syed Saddiq Tanya “Kalau Makan Rasuah, Bala Turun Tak?”

“Kita jangan terlalu mudah menghukum satu-satu bencana itu termasuk yang berlaku di Palu, Indonesia sebagai bala berkaitan LGBT.
“Dalam keadaan kita hari ini, isu LGBT, walaupun ia satu permasalahan tapi masih di bawah kawalan. Saya tidak rasa kita terlalu mudah menghukum bala itu hanya dengan membuat satu-satu contoh, maka akan tiba satu bala.
“Yang perlu kita buat dan bincang ialah bagaimana menanganinya sebagai tanggungjawab kita menjaga supaya perkara ini tidak berleluasa,” katanya menjawab soalan tambahan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-PKR Setiawangsa) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Nik Nazmi meminta penjelasan dari segi agama tindakan menghukum satu-satu peristiwa sebagai bala tanpa asas agama yang betul.

Mujahid berkata, orang Islam perlu menerima bahawa tidak ada sesuatu bala yang menimpa tanpa izin Allah tetapi menjatuhkan hukum sesuatu bencana akibat perbuatan tertentu tanpa asas adalah tidak wajar.

“Sebagai seorang Islam , sudah tentu kita kena percaya seperti firman Allah, tidak ada sesuatu bala yang menimpa tanpa izin Allah dan kepada Allah orang-orang yang beriman bertawakal bahawa semuanya datang daripadanya.
“Kalau kita mengkaji kisah kaum-kaum yang dihancurkan dan mungkin di sini dirujuk kepada kaum Luth. Perbuatan mereka itu terlalu terserlah. Dalam kata lain, mereka tidak segan silu melakukannya secara terbuka dan kerana itulah maka diturunkan bala,” katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-UMNO Bagan Datuk) dalam soalan tambahannya mengaitkan kejadian gempa bumi dan tsunami di Palu, Indonesia sebagai bala Allah kerana mendakwa ada kira-kira 1,000 golongan LGBT di kawasan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.