Irfan Bakti Lega Petua Mujarabnya Bawa Terengganu FC Ke Final

Posted on 3 views
Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim tidak dapat menahan perasaan gembira apabila strateginya berjaya membawa pasukannya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 selepas menewaskan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan aggregat 3-2.

Disebalik kejayaan itu, Irfan memuji aksi penjaga gol utamanya yang berusia 40 tahun, Mohd Sufian apabila menafikan beberapa percubaan berbahaya JDT sepanjang 90 minit perlawanan.

“Kehadiran Mohd Sufian mengemudi gawang gol TFC tidak disukai oleh beberapa orang. Tetapi saya kenal karakter dia sejak 25 tahun lalu dan status selaku penjaga gol, kalau sudah mencecah usia 40 tahun, itu perkara biasa.

“Kalau tidak bagus, saya tidak akan letak dia selaku penjaga gol utama dan dia membuktikan ketangkasannya menjaga gawang berjaya membawa kita ke pentas akhir. Saya tegaskan sekali lagi, dia adalah penjaga gol terbaik untuk TFC ketika ini,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Lee Tuck mengetuai pemain Terengganu FC meraikan kejayaan ke perlawanan akhir. FOTO: TFC

Dalam perlawanan semalam, dua jaringan daripada Kipre Tcheche mematikan harapan JDT untuk mempertahanan Piala Malaysia musim ini walaupun mendahului dengan 2 gol.

Irfan Bakti menjelaskan beliau mengambil kesempatan untuk menghukum kelekaan barisan pertahanan JDT dengan menggunakan kelebihan fizikal dan kepantasan yang ada pada Tcheche.

Menurutnya, strategi untuk mematikan kelicikan tiga pemain iaitu Gonzalo Cabrera, Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid membuahkan hasil selepas setiap gerakan berbahaya yang dilakukan tiga serangkai itu berjaya dipatahkan.

“Pemain mengikut arahan dan tidak panik apabila menguasai posisi tengah yang saya akui kerap didominasi pemain JDT yang memiliki kombinasi permainan mantap menerusi bola hantaran pendek yang berbahaya.

Kipre Tcheche meraikan gol kemenangan Terengganu FC. FOTO: TFC

“Saya agak terkejut apabila JDT tidak menurunkan pemain nombor 5 (Fernando Elizari). Itu peluang terbaik untuk menghukum lawan. Taktik permainan JDT juga berubah apabila meletak gandingan Cabrera dan Fernando Marquez.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.