Dua Gol Wayne Rooney Bantu D.C United Sahkan Slot Ke Play-Off MLS

Posted on 3 views

Wayne Rooney menjaringkan dua gol untuk membantu D.C United menewaskan New York City 3-1, sekaligus mengesahkan slot ke play-off MLS.

Bekas kapten England berusia 32 tahun itu membuka tirai jaringan selepas perlawanan baru berusia lapan minit, sebelum menyempurnakan sepakan penalti pada babak kedua perlawanan.

Dua gol tersebut sekaligus menjadikan jumlah jaringan Rooney pada musim pertama di Amerika Syarikat kepada 12 gol daripada 19 penampilan.

Selepas hanya dua kemenangan dari 14 perlawanan sebelum ketibaan Rooney, kelab tersebut kini tidak tewas dalam sembilan perlawanan, dan mencatatkan kemenangan dalam lima daripadanya.

D.C United menduduki tangga tercorot Eastern Conference ketika Rooney diumumkan sebagai pemain, setelah meninggalkan Everton pada Jun.

Sejak daripada itu, Rooney telah berjaya menjadi inspirasi kepada rakan sepasukan yang lain, dan berjaya tampil dalam perlawanan play-off buat pertama kali sejak 2015.

(Photo by Tony Quinn/Icon Sportswire via Getty Images)

Rooney dan D.C United masih perlu berhadapan dengan Chicago Fire pada Ahad akan datang, dan berpeluang menamatkan musim ini di kedudukan ketiga, yang akan menjadi rekod kelab.

Ia sekaligus akan mengesahkan perlawanan play-off pertama akan dilangsungkan di gelanggang sendiri.

Sumbangan Rooney kepada D.C United sememangnya tidak boleh dinafikan. Selain daripada 12 gol yang dijaringkan setakat ini, bekas penyerang Manchester United itu turut sudah menghasilkan tujuh bantuan gol untuk rakan sepasukannya.

Saksikan highlight perlawanan, dan dua jaringan Rooney yang membantu D.C United ke perlawanan play-off MLS.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.