Dikutuk Uli Hoeness Secara Terbuka, Ini Respon Juan Bernat

Posted on 3 views
Beberapa hari lalu, Juan Bernat dikutuk secara terbuka oleh Uli Hoeness.

Hoeness yang berang dengan media Jerman yang dituduhnya biadap dan tak beretika kerana mengkritik Bayern Munich.

Dalam satu kenyataan Uli Hoeness menjawab kritikan media apabila mereka menjual Juan Bernat ke PSG sedangkan pemain itu ada kualiti yang baik.

Hoeness memberitahu yang Bernat membuatkan kempen UCL Bayern Munich dalam masalah musim lalu.

Kami tidak dapat menerima kebiadaban dan juga berita jelik seperti ini.”

“Kamu semua berterusan mempersoalkan kenapa kami jual Bernat. Adakah itu menjadi sebab utama kami kalah?”

“Cuba ingat kembali perlawanan menentang Sevilla, Bernat hampir membuatkan kami kalah dan tersingkir kerana kesilapan beliau.”

“Itulah hari di mana kami memutuskan untuk menjual beliau. Ini kerana kesilapan beliau memberikan risiko ke atas kempen UCL kami.”

Bernat agak kecewa dengan kenyataan itu. Namun beliau enggan mengkritik balik kerana dia masih menghormati Bayern Munich.

Pada masa yang sama Bernat memberitahu yang dia, sejak dari kecil diajar oleh ibu bapanya agar sentiasa menghormati orang lain serta sentiasa bersyukur.

“Ya, saya ada mendengar tentangnya. Namun saya tidak mahu berkata apa-apa.”

“Sejak kecil, saya diajar untuk menghormati orang dan sentiasa bersyukur.”

“Saya akan sentiasa menyokong Bayern Munich. Selepas 4 tahun di sana, saya ada ramai kawan di sana. Saya mendoakan yang terbaik untuk mereka dan selamat maju jaya.”

“Itu sahaja yang boleh saya cakap.”

Uli Hoeness memang terkenal dengan mulut lancangnya. Dia sebelum ini mengutuk Mesut Ozil dan juga Pengarah Sukan PSG sampai mencadangkan agar orang itu dipecat.

 

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.