‘Di luar nampak biasa, di dalam macam hotel 5 star, power gila!’

Posted on 3 views

Setiap pasangan yang bakal berkahwin, pasti mengimpikan majlis pekahwinan mereka mendapat sentuhan terbaik dari pakar pelamin yang dilantik. Viral di media sosial gambar-gambar sebuah dewan biasa dideko menjadi luar biasa untuk majlis perkahwinan, hasil kerja Firmah Weddings, mendapat pujian dari netizen. 

“Before and after setup for wedding. Power gila. Tinggi kot siling tu dia nak sangkut kain-kain tu,” tweet Adib yang viral di Twitter. 

Difahamkan, dewan yang digunakan adalah Dewan SMK Sangil Tangkak di mana di luarnya kelihatan seperti biasa, tetapi di dalamnya seperti hotel lima bintang setelah mendapat sentuhan dari Firmah Weddings. 

Mengetahui hasil kerja mereka mendapat perhatian dan pujian dari netizen, pemiliknya, Wana, berkata, itu semua adalah hasil kerja dari mereka dan beberapa pihak lain. 

“Since our decor and transformation done is going viral, I think I have to mention the people behind all this. 

“For both solemnization and reception set up and decorations, credit to all team involved. Idea and decoration by Firmah Weddings, Muhamad Firdaus Rubae. Flowers, table and chair decorations by Rezqy Amani. Full cover draping by Zainol Fahmi Ahmad,” tulisnya di Facebook. 

Hasil dekorasi yang begitu cantik menimbulkan persoalan netizen, berapakah kos yang dibelanjakan untuk mendapatkan hasil seperti itu? 

Bagi Wana, perkara itu tidak dapat dikongsikan, namun apa yang pasti pihaknya banyak menghabiskan tenaga untuk mencapai hasil yang ‘superb’ itu. 

“Dewan itu transform sampai cantik macam tu bukan sebab berhabis duit tetapi sebab berhabis tenaga kitorang buat. So siapa yang wonder berapa banyak habis duit, we simply cannot answer that. Maaf. 

“Kalau tanya berapa banyak tenaga habis, macam mana boleh sampai jadi cantik camni, kitorang boleh cerita. 

“Itulah sebabnya dari awal saya buat ala-ala dokumentari macam mana persiapan deko majlis ini, dari nikah sampai sanding.



“Ianya sejarah bagi kami, sangat istimewa. Kenangan dan pengalaman yang tak nak dilupakan,” katanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.