“Bezanya Pompuan Ori Nyanyi Dengan Pondan Nyanyi…,” – Puji Netizen Bila Wani Nyanyi Lagu Syinta Gila

Posted on 15 views
Penyanyi, Wani berkongsi video dia menyanyikan lagu Syinta Gila, nyanyian asal oleh Safiey Ilias.

Dia berbuat demikian menerusi laman Instagramnya, semalam.

“Buktikanlah Dirimu yang TERBAIK !!! #syintagila,” tulisnya.

Susulan itu, ramai yang memuji nyanyian Wani itu malah ada juga yang membandingkannya dengan penyanyi asal lagu tersebut.

Dalam pada itu, Safiey Ilias juga turut memuji Wani dengan ‘repost’ semula video tersebut di laman Instagramnya.

“Wah versi piano pula. Best @wanimusic nyanyi. Syinta nak letak nama ikan puyu sekor lagi nama Wani lah. Nama Syima dah ada,” tulisnya.

Oh my! saban hari ada sahaja yang menyanyikan lagu Syinta Gila ini kan? Selain itu, lagu ini juga turut trending di platform-platform digital seperti iTunes, Spotify dan juga Joox.

Foto/Instagram: Wani Music/ Safiey Ilias

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.