Belasah cashier Petronas, ‘Bob’ dihukum denda RM2,000 ~ Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat

Posted on 5 views
Lelaki yang menampar dan menerajang seorang kakitangan Stesen Petronas Sungkai awal Oktober lalu dijatuhkan hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Tapah, hari ini, lapor Harian Metro. 

Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Nuraliff Shaufiq Ahmad Fauzi, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapanya. 

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Nuralif didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohd Ridwan Abdullah, 24, di Stesen Petronas Sungkai, pada jam 12.45 tengah hari, 6 Oktober 2018. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali. 

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farahiyah Nadzri, manakala tertuduh diwakili oleh peguam S Kavitha. 

Bagaimanapun, Kavitha merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman denda paling minimum atas alasan sudah insaf dengan perbuatannya itu. 

Tetapi, Fatin Farahiyah memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dijatuhkan terhadap tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan itu lagi. 

Majistret Mohd Harith kemudian memutuskan tertuduh dihukum denda sebanyak RM2,000 dan bakal berdepan dengan hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda itu. 

BERITA BERKAITAN:

from The Reporter https://ift.tt/2yrWZR4
via IFTTT

Source : Cerita Terkini Sensasi dan Tepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.