Bagaimana 88,000 Tan Sampah United Kingdom Boleh Ada Di Malaysia? ~ Bulletin Media

Posted on 6 views

Menurut laporan laman Iluminasi. Penyiasatan oleh divisyen Greenpeace mendapati sampah-sampah harian, yang dieksport dari Britain sebagai barangan kitar semula rupanya dihantar untuk dibuang di tapak pelupusan haram yang dibuka di Malaysia.

Bagaimana 88,000 Tan Sampah United Kingdom Boleh Ada Di Malaysia?
Bagaimana 88,000 Tan Sampah United Kingdom Boleh Ada Di Malaysia?

Laporan itu adalah susulan satu pendedahan yang dilakukan Agensi Alam Sekitar UK atau Environment Agency (EA) berkenaan penipuan yang berlaku dalam sistem eksport sampah kitar semula, yang sebenarnya tidak pun dikitar semula.Hasil laporan EA tersebut pihak pembangkang United Kingdom mengutuk penyelewengan itu, serta menggesa agar reformasi ke atas sistem kitar semula UK diperkenalkan.

ARTIKEL MENARIK: Jangan Cepat Hukum ‘Geng Kunyit’ Sebagai B3ncana Bal4 Allah – Mujahid

Malaysia sebagai tempat pengumpulan sampah dunia?’
1.jpg?resize=700%2C466&ssl=1

Eksport sampah kitar semula dari UK ke Malaysia meningkat, selepas kerajaan China bertindak melarang kemasukan bahan tersebut ke negara mereka. Bagaimanapun, lambakan produk khasnya daripada plastik yang terlalu tinggi menyebabkan sistem kitar semula yang diamalkan di Malaysia gagal menguruskan sisa buangan dengan baik.

Siasatan oleh pihak Greenpeace mendapati kebanyakan produk yang dijual di pasaraya UK boleh ditemui dalam longgokan sampah setinggi 10 kaki, yang memakan keluasan hampir 3 ekar. Tapak pelupusan itu yang lokasinya dikelilingi ladang sawit, terletak di pekan Jenjarom, Selangor.

Bungkusan produk-produk yang ditemui bukan saja melibatkan produk UK malahan beberapa negara Eropah lain, seperti Sepanyol, Perancis, Jerman, Ireland,Jepun dan juga Australia. Tarikh luput produk pula didapati masih baru, menandakan produk itu baru saja dibuang.

Selain itu, penemuan banyak beg kitar semula pihak berkuasa UK yang dikoyakkan membuktikan kempen kitar semula yang dijalankan UK hanyalah mitos yang enak untuk dicanang. Penduduk setempat didapati telah membuat aduan berkenaan kilang pelupusan itu, berikutan asap yang dilepaskannya berkemungkinan membahayakan kesihatan.

Penyelewengan dalam sistem kitar semula UK

2.jpg?resize=700%2C467&ssl=1

Siasatan wakil Greenpeace di Klang, bandar yang menjadi pintu keluar masuk import eksport Malaysia juga menemui sebuah rumah kedai kosong, yang dijadikan markas pembahagian sampah ini secara rahsia. Bungkusan sampah yang disahkan berasal daripada Eropah dan Britain ditemui, dengan sebahagian besarnya cuba dibakar bagi melindungi operasi mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.