Adakah Benar JDT Ialah ‘Raja Penalti’ Bola Sepak Malaysia?

Posted on 6 views
Baru-baru ini dalam saingan separuh akhir unifi Piala Malaysia 2018 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC menyaksikan satu penalti telah dihadiahkan kepada JDT pada babak pertama.

Walaupun sepakan penalti itu telah disempurnakan oleh Fernando Marquez dan JDT mendahului perlawanan, namun Terengganu dibawah kendalian Irfan Bakti bangkit untuk mara ke final.

Ketika JDT mendapat penalti tersebut, timbul cakap-cakap di media sosial menyatakan JDT kerap dihadiahkan penalti. ‘J’enalti antara frasa popular di bibir para pengikut Liga Malaysia (Liga M).

Kami percaya perkara itu akan menjadi bualan jika JDT yang melangkah ke perlawanan akhir.

Oleh itu, Semuanya BOLA telah cuba untuk merungkai data-data penalti sepanjang saingan unifi Liga Super 2018 berlangsung dan siapakah sebenarnya ‘Raja Penalti’ untuk musim ini.

Jumlah jaringan penalti musim 2018

Disebabkan kekangan maklumat jumlah sebenar, data ini hanyalah jumlah penalti yang telah berjaya disempurnakan dan ia melibatkan pasukan-pasukan dalam saingan Liga Super sahaja.

Penulis yakin dan percaya, jumlah penalti yang telah gagal dijaringkan adalah sedikit dan mungkin hanya 1/10 daripada jumlah keseluruhan penalti yang telah berjaya dijaringkan.

Foto:JST

Jumlah penalti yang telah disempurnakan oleh para pemain Liga Super adalah sebanyak 42 gol iaitu 0.1% daripada jumlah keseluruhan jaringan Liga Super musim ini iaitu 402 jaringan.

Dan sebagai perbandingan, jumlah tersebut juga kurang 5 gol daripada jumlah gol yang dihasilkan oleh JDT pada musim ini.

Perak tertinggi penjaring penalti

Sepanjang 22 minggu liga berlangsung, 42 sepakan penalti telah berjaya dijaringkan oleh para pemain dan Perak merupakan pasukan yang tertinggi dengan 7 penalti disempurnakan.

Juara Liga Super, JDT yang dikatakan kerap menjaringkan gol menerusi penalti pula berada di kedudukan kedua bersama-sama Kedah dengan 6 sepakan penalti berjaya disempurnakan.

Piala Malaysia

Seterusnya, finalis Piala Malaysia, Terengganu pula berkongsi dengan pasukan yang tersingkir ke Liga Premier 2019, Negeri Sembilan dengan 5 jaringan penalti berjaya disempurnakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.